Wednesday, January 08, 2014

Murid Yatim-piatu Bayar Yuran Sekolah Guna Syiling ..


SHAH ALAM: Kisah pelajar yang membayar yuran sekolah menggunakan wang syiling yang dimuat naik ke facebook turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ekoran pendedahan itu, Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar negeri Selangor, tampil menghulur bantuan peribadi kepada waris pelajar terbabit.

Menurut Iskandar,  pihaknya sebelum ini pernah menziarahi keluarga berkenaan sebanyak dua kali selain menghulur bantuan sumbangan.

“Mereka juga pernah menerima bantuan seperti Jom Shopping, bantuan Hari Raya dan membeli kasut sekolah, baru-baru ini,” katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Selain itu, Iskandar turut memaklumkan perkara itu akan diketengahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk permohonan bantuan yang sesuai.

Kisah pelajar terbabit, Nurkhatijah Abdullah yang merupakan anak yatim, mendapat perhatian masyarakat apabila kisahnya membayar yuran sekolah menggunakan syiling yang dikumpulnya dimuat naik di facebook.

Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Agama Integrasi Ar-Rahmaniah Taman Dagang dilaporkan membayar RM64 kepada pihak sekolah.

Namun, jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk membayar jumlah yuran berkenaan dan atas inisiatif guru, mereka menambah wang untuk melengkapkan jumlah yuran.

Ibu pelajar berkenaan meninggal dunia sejak umurnya sebulan sementara bapa dipenjara kerana masalah dadah, manakala neneknya masih bekerja sebagai pembantu kebersihan dan akan tamat kontrak pada bulan Jun ini sementara datuknya sudah tidak berdaya hanya menerima bantuan PERKESO RM350
(HD)

IKLAN   Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails