Wednesday, April 03, 2013

Jika Berlaku Peralihan Kuasa...-Najib Razak. Kenapa Kata Begiu?

KL: BEKAS Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang baru sahaja membubarkan parlimen sebentar tadi membayangkan akan berlaku peralihan kuasa selepas Pilihanraya Umum ke 13. Beliau melalui akaun twitter peribadinya menulis: 

"Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi" Demikian dilaporkan oleh Blogger Milo Suam sebentar tadi.

Video ucapan Najib mengenai pembubarb parlimen..

PAS mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa peralihan kuasa akan berlangsung dengan aman damai selepas pilihanraya umum ke 13.

“Pihak PAS juga memberi jaminan bahawa peralihan kuasa ini akan berlangsung dengan penuh  aman damai,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu adalah sebagai reaksi balas kepada jaminan Najib ketika mengumumkan pembubaran parlimen pada pukul 11.35 pagi tadi. Tuan Ibrahim juga seluruh jentera dan petugas parti agar meningkatkan gerak-kerja bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 kali ini

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata rakyat tidak akan dibiarkan dalam keadaan rimas selama 2 tahun untuk mengetahui tarikh pilihanraya seperti yang berlaku kini.
"PAS bersama Pakatan Rakyat berjanji akan mengumumkan tarikh pilihanraya setahun lebih awal apabila kami diberi mandat memerintah negara selepas PRU13 nanti,” tegas Tuan Ibrahim.

Sementara itu, pelbagai pihak tertanya-tanya, apa perlunya Najib membuat kenyataan peralihan kuasa akan berlaku secara aman itu. "Ini menunjukkan Najib sendiri terpaksa menjawab bahawa akan ada kemungkinan berlakunya peralihan kuasa selepas pilihan raya ke 13 ini," kata mereka. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Pernyataan ini perlu di selidiki dgn lebih medalam."Ayat ini ayat berlapik"...Bagi saya pernyataan
sebegini adalah satu "ayat penuh muslihat"...mungkin sebenarnya untuk menunjukkan bahawa PRU 13 ini adalah pilihanraya bersih walhal sebenarnya tidak.Pernyataan ini juga boleh di tafsirkan pihak BN berkeyakinan penuh boleh menang mungkin dengan penipuan canggih yang telah dirancang awal...tetapi mengaburi rakyat dengan menuturkan ayat sebegini.aaapapun saya harap ahli pakar bahasa dan strategis PR akan mengkaji ayat ini dengan lebih dalam dan berlapisan.

Pandangan bernas. t.kasih.

Anonymous said...

secara peribadi maksudnya peralihan kuasa yang bakal terjadi di selangor dan kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails