Monday, August 03, 2009

Sokong Rampas Minuman Keras - Dr Haji Mohd Hasyim.

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Blog Ibnu Hasyim menyokong tindakan yang diambil oleh Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras dari sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8, Shah Alam, seperti yang disuarakan Timbalan exco negeri Selangor, Dr Shafie Abu Bakar melalui Harakah Daily hari ini.

Tindakan MBSA itu berdasarkan peraturan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri serta enakmen syariah negeri Selangor. Dr Shafie menegaskan kerajaan telah memutuskan semua minuman keras tidak dibenarkan dijual secara terbuka di kedai runcit dan 7-eleven tetapi ia perlu lesen khas untuk orang bukan Islam. Sepatutnya peraturan itu dihormati oleh semua pihak kerana larangan membeli dan minum arak itu hanya ditujukan kepada orang bukan Islam saja.

Blog Ibnu Hasyim memuji PAS, kerana tetap berpegang dengan prinsip mengikut hukum yang ditetapkan dalam Islam dan tercatat dalam peraturan kerajaan tempatan (PBT). Mengulas tindakan MBSA itu, Dr Syafie kesal dengan sikap exco kerajaan negeri, Ronnie Liu yang campur tangan memaksa rampasan arak itu dipulangkan semula. Beliau memaklumkan, seharusnya Ronnie menghormati tindakan yang telah diambil oleh PBT kecuali beliau mendapat bukti bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan enekmen.

"Jika peraturan itu tidak dihormati rakyat akan keliru," kata Dr Syafie. Beliau turut menjelaskan premis 7-eleven di Bangi dahulu pernah menjual minuman keras yang mengandungi alkohol ringan tetapi penduduk Islam telah membantah dan akhirnya penjualan tersebut ditarik. "Saya pernah membantah cadangan Majlis Perbandaraan Kajang (MPKJ) untuk membuka panggung wayang, saya bantah kerana penduduk di Bangi 95 peratus Melayu dan MPKJ menghormati keputusan kita," tegasnya.

Beliau menegaskan peraturan dan hukum mesti dipatuhi di samping menghormati prinsip dan sensitiviti bangsa lain jika perkara itu tidak dilaksanakan ia akan menimbulkan masalah. "Syabas Dr Shafie, teruskan tugas anda!!" Demikian ucapan editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Haji Mohd Hasyim. (AK)

Sila klik... Kes Arak, Apakah Najib Perlu Dirotan atau Disebat...

3 comments:

Anonymous said...

Salam.
Syabas Dr Shafie! Saya sokong 100%.

zakwan said...

Well,in a way,I support the confiscation of liquor from 7-11 Shah Alam
However,this conduct by MBSA should not be done just because Shah Alam is a "Muslim majority" area

Let's not 4get the rakyat of Selangor(Malays,Chinese,Indians)voted 4 Pakatan 2 power because they wish 2 be governed with equality n tolerance among races

As Muslims,we should not deny the non Muslims their right 2 consume alcohol
It's not right 2 impose these type of rulings without taking the non Muslim community's feelings into consideration

Instead of confiscating liquor,the state government should impose a limit on liquor sales in 7-11 outlets n shops throughout the state

Another right move is imposing age limit n hav alcohol buyers display their IC 2 determine their age n religion

This is my two cents on this matter

Anonymous said...

Orang kafir nak minum itu dia punya pasal.

Tapi arak tak boleh di jual di minimarket, supermarket, hypermarket atau kedai runcit biasa. Ia hanya di jual di kedai yg ada permit, kalau dulu tu di panggil kedai off license.

Bukan semua orang kafir suka minum arak dan suka anak mereka minum arak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails