Friday, August 07, 2009

'JIM Ekstrimis', Terima Kasih Guan Eng & Jeff Ooi -Dr Haji Mohd Hasyim


Oleh ASYOK KUMAR

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2009. Blog Ibnu Hasyim mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang akan menarik balik kenyataanya mendakwa Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai sebuah pertubuhan ekstremis, atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Terima kasih kepada YB Jeef Ooi yang sanggup menerima kritikan dan menarik balik kenyataan. Juga terima kasih banyak kepada KM Pulau Pinang yang peka terhadap pandangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat demi mengelakkan api perkauman membakar parti-parti gabungannya." Demikian dinyatakan oleh Dr haji Mohd Hasyim selaku editor blog tersebut malam tadi.

Menurut Malaysiakini, Ooi telah dinasihatkan oleh Lim bahawa JIM bukan sebuah pertubuhan ekstremis dan oleh itu ".. adalah wajar untuk saya menarik balik kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 2 Ogos lalu.. Oleh itu, saya akan mematuhi sepenuhnya arahan tersebut," kata Jeff dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Jeff sebelum itu dilaporkan mendesak Mohd Razali Abdullah, ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSC) di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut. Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya hari ini, Jeff berkata, bagi memperjelaskan perkara itu, maka adalah penting untuk melihatnya dari kontak ia dibangkitkan. Persekitaran kompleks yang membawa kepada pelantikan Mohd Razali menganggotai OSC di bawah MPPP - terutamanya sebagai ahli JIM yang dicalonkan mewakili PKR, dan tindak tanduknya dalam mesyuarat-mesyuarat OSC - telah menjadi beban politik kepada kerajaan negeri.

"Kita kini akan berurusan dengan beliau dan penerusan keanggotaannya dalam OSC melalui saluran politik," tegas Jeff yang juga ketua kakitangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Oleh itu, tambahnya, ia juga amat penting bagi semua pihak yang berkenaan, menghentikan segera pemprofilan agama yang negatif terhadap pemimpin DAP. Demi kemajuan masa depan Pulau Pinang, kata Jeff, beliau akan terus bercakap mengenai isu-isu yang membabitkan soal urustadbir serta memenuhi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan parlimen Jelutong.

Ujar Dr Mohd lagi. "Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor isu penjualan arak yang menyebabkan PAS Selangor mendesak supaya kerajaan negeri Selangor menukar Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu dari DAP, ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak segera menyelesaikan gejolak dan kocak kopi di dalam cawan pakatan.." Jelas Dr Mohd, yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Selangor. (AK)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails