Tuesday, August 04, 2009

'Teoh' Dipukul Teruk, Betulkah? Lihat & Baca Sendiri!


Selasa Ogos 4, 2009: SPRM nafi 'Teoh' dipukul teruk ketika disoal siasat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan artikel dan klip video yang disiarkan dalam sebuah laman web menunjukkan seorang lelaki dipukul teruk oleh sekumpulan lelaki dalam satu proses yang didakwa sebagai soal siasat.

SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata bahawa tindakan penulis artikel itu yang turut mengaitkan insiden kematian melibatkan mendiang Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock seolah-olah mendakwa SPRM telah bertindak kejam dan tidak mematuhi standard penyiasatan sehingga menyebabkan kematian Teoh.

Kenyatan itu berkata perbuatan menyiarkan artikel dan klip video itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang disengajakan oleh penulis blog terbabit bagi menggambarkan suruhanjaya itu sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang kejam dan tidak boleh dipercayai.

"Ia juga bertujuan untuk menimbulkan kebencian masyarakat ke atas SPRM dan meraih simpati orang ramai demi kepentingan agenda pihakpihak tertentu.

"Sehubungan itu, SPRM telah membuat laporan polis berhubung penyiaran dan penyebaran artikel dan video klip tersebut bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," kata kenyataan itu. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Betulkah? Anda lihat dan nilai sendiri, layari blog di bawah ini? (AK)

2 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.

Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.

Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.

Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.

Kuda Perang said...

Orang yang bersikap takut kepada kaum lain, takut kaumnya terancam oleh kaum lain, bukan takut kepada Allah juga merupakan pejuang perkauman (seperti Tok_Gajah).

Semangat perkauman, berpuak2 begini adalah bertentangan dengan Islam, nabi tak mengaku ummat.

Betulkan bapak IH?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails