Wednesday, August 05, 2009

Awas Api Perkauman Membakar Pakatan -Dr Haji Mohd Hasyim.

Oleh ASYOK KUMAR

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2009. Blog Ibnu Hasyim memberi amaran kepada Pakatan Rakyat, bahawa api perkauman mula membakar parti-parti gabungannya yang mungkin ditiup oleh parti-parti lawan. Demikian dinyatakan oleh Dr haji Mohd Hasyim selaku editor blog tersebut semasa ditemui di sebuah hotel di sini dalam perjumpaan dengan beberapa bloger-bloger sebentar tadi.

Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12, atas 'kebiadapan'nya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama'.

Dr Mohd bersetuju dengan cadangan supaya Ooi, digesa menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang dari PKR Mohd Razali Abdullah, seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily hari ini. Sementara itu Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin juga dikatakan mengutuk sekeras-kerasnya tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.

Dr Mohd bersetuju dengan pendapat Zulkifli bahawa Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri.. JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat.

"Kalau benar Jeff Ooi telah menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, maka itu adalah satu tuduhan tidak wajar.. mungkin kerana kedangkalannya dalam memahami agama Islam itu sendiri, yang menjadi kewajipan parti rakan gabungan menjelasnya.." Ujar Dr Mohd lagi.

"Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor isu penjualan arak yang menyebabkan PAS Selangor mendesak supaya kerajaan negeri Selangor menukar Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu dari DAP, ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu, walaupun dalam kes kematian Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock gabungan parti-parti dalam pakatan menampakkan bertambah padu." Kata Dr Mohd lagi.

"Oleh itu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak segera menyelesaikan gejolak dan kocak kopi di dalam cawan pakatan. Contohnya, seperti dalam kes pusat penyembelihan babi di Kedah.." Jelas Dr Mohd, yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Selangor. (AK)

Ada kaitan...

1 comment:

mr edz said...

saya berharap adanya penerangan tentang kefahaman islam kepada pemimipin dalam pakatan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails