Monday, August 03, 2009

Bola, Permainan Mesrakan Tentera Israel & Warga Palestin?

JENDELA GLOBAL
Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

LIHAT gambar di atas ini, tentera-tentera Israel itu begitu mesra dan akrab sedang bermain bola dengan rakyat Palestin. Mereka tertawa, berwajah ceria gembira bersama. IDF! Begitu panggilan tentera Israel. Hingga nampak ramah, jauh dari kesan ganas dan kejam.

Sebaliknya, orang-orang Palestin itu bersama kanak-kanak mereka tak nampak takut sikit pun, bahkan menerima tentera Israel dengan ikhlas main bola di berhampiran Tembuk Besi yang didirikan Israel bagi memusnahkan umat Islam itu.

Bagaimana boleh jadi begitu? Mulanya tentera Israel sedang melakukan rondaan. Jeep mereka terkena bola tendangan dari sebelah tembuk. Tentera Israel ambil dan beri balik bola tersebut.. Bukan itu saja, bahkan ikut serta bermain bersama kanak-kanak itu.. Oh begitu mesranya.

Rupanya, itu hanya kisah dalam iklan. Iklan terbaru sebuah operator HP buatan Israel, Cellcom. Di akhir iklan itu muncul tulisan, “Setelah semuanya ini, apa yang kita ada? Gembira ria!!" Iklan ini juga muncul di Youtube. Tetapi adakah benar ada suasana begitu? Yang terjadi, apabila sebiji bola yang ditendang rakyat Palestin tersasar masuk melalui tembuk pemisah itu, yang keluar ialah tembakan peluru dan gas beracun.

Jelas iklan ini menipu. Seorang aktivis Israel berkata, “Apa yang terjadi sebenarnya di antara tembuk pemisah itu ialah semburan gas pemedih mata!” Justeru tidak hairan bila ada pihak-pihak di negara Arab yang berkeras dan menuntut supaya Cellcom menghentikan tayangan iklan tersebut. Apa sebenarnya maksud 'gembira ria' itu? Gembira mereka melihat kanak-kanak Palestin tidak bersekolah, tiada klinik dan tiada hak-hak asasi mereka. Namun Cellcom memperbodohkan tuntutan itu.

Menurut Hagai Matar, seorang aktivis Israel, juga mengaku geram dengan iklan ini. “Mana ada orang Palestin yang main bola di balik tembok pemisah itu? Dekat saja sudah ditembak!" (Pelbagai sumber/RD)

1 comment:

mr edz said...

cellcom? nak sama nama la ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails