Tuesday, August 04, 2009

Himpunan Berlilin, Roboh Kg Buah Pala Ditangguh.

Himpunan Berlilin, Penduduk-penduduk Kampung Buah Pala menangis di hadapan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di sini, semalam sambil merayu kepada Lim agar proses merobohkan rumah-rumah mereka yang dijadualkan hari ini dihentikan. Perhimpunan secara aman dengan nyalaan lilin itu disertai seramai 50 penduduk kampung itu terdiri daripada warga tua, wanita dan kanak-kanak.--fotoBERNAMA

GEORGETOWN: Kerja-kerja merobohkan Kg Buah Pala yang dijadualkan hari ini ditangguhkan sekali lagi apabila pemaju bersetuju untuk bertemu dengan penduduk kampung untuk perbincangan lanjut malam ini.

Pagi ini, penduduk kampung membentuk perisai bagi menghalang kerja-kerja merobohkan rumah mereka dilakukan pihak pemaju. Wakil daripada badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik berkumpul di kawasan itu dan pihak polis turut hadir bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy memberi jaminan kepada penduduk kampung bahawa tiada kerja-kerja perobohan dilakukan hari ini. Sebaliknya, beliau berkata, pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bersetuju untuk bertemu beliau dan penduduk kampung malam ini. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails