Wednesday, August 05, 2009

Calon PAS P/Pasir: Asal & Menetap Di PP. -Salleh Man

Gambar Ustaz Salleh Man


PAS Pulau Pinang Kemuka Senarai Calon Kerusi Permatang Pasir Kepada Pusat

PULAU PINANG, 5 Ogos (Bernama) -- Pas Pulau Pinang akan mengemukakan senarai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir kepada Pas pusat esok.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, berkata mesyuarat Pas negeri semalam telah menyenaraikan beberapa nama calon yang layak untuk bertanding pada pilihan raya itu.

"Kita telah sepakat, sebulat suara di peringkat negeri, dan keputusan akhir akan ditentukan pada mesyuarat peringkat pusat," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Salleh berkata Pas akan meletakkan calon yang berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri itu.

Katanya mesyuarat semalam turut membincangkan mengenai persiapan menghadapi pilihan raya itu.

Kerusi itu kosong apabila penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara pada Jumaat lePas.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohd Hamdan yang menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

-- BERNAMA (AK)

2 comments:

PAS-PKR-DAPigs said...

Di P Pinang, oleh kerana DAP nya teguh macam piramit di Egypt, maka tiada siapa boleh gugatnya - walaupun PAS ada satu ADUN ianya macam anjing kurap sahaja di pandang oleh DAP.

Paling istimewa bagi PAS ialah di Perak. Oleh kerana undang2 negeri Perak tidak membolehkan kafir jadi MB makan PAS diberi peluang jadi MB walaupun PAS cuma ada 6 ADUN nya. Jika sekiranya ketika itu DAP ada seorang calun nya dari melayu/Islam sudah tentu PAS jadi anjing kurap juga.

Jika diadakan PRU semula di Perak, dah tentu DAP akan letak kan seorang calun nya dari kaum melayu/Islam. Calun melayu/Islam DAP pernah menang di kawasa cina 90% di Pasir Bedamar, Teluk Intan satu masa dulu. Nama calun nya Fazlan Yahya kalau tidak silap.

Sekarang PAS sudah di anjing kurapkan oleh DAP/PKR di Selangor pula.

Anonymous said...

Saya kurang setuju bila dikatakan kriteria calon adalah berasal dan/atau menetap di PP.
Tak perlu ada semangat kenegeriaan atau seumpamanya. Pilih calon yg layak dan sesuai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails