Friday, August 07, 2009

Dr Raja Nazrin Minat Sejarah PAS - Ustaz Ahmad Awang.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah

Gambar dari kanan Shahabudi Jalil (Blog Shahabudeen Jalil .com), Ustaz Ahmad Awang (http://usahmadawang.blogspot.com/), Ibnu Hasyim & Mohd Shubhi (Warta Shubhi)

oleh ASYOK KUMAR

KL. Ogos 07 2009. RAJA Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai 7 wasiat Raja-Raja Melayu menjanjikan kesejahteraan, kedamaian, keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya hari ini, pernah meminati dan ingin benar-benar mengetahui tentang sejarah PAS. Demikan diberitahu oleh Dr Haji Mohd Hasyim editor Blog Ibnu Hasyim di pejabatnya di sini sebentar tadi.

"Hal ini telah diberitahu oleh Ustaz Ahmad Awang, Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS dan Mantan Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Perak kepada saya sewaktu bertemu dengannya bulan lepas. Menurutnya, beliau bersama-sama beberapa pemimpin PAS beberapa bulan sebelum itu pernah bertemu Dr Raja Nazrin membincangkan soal politik Perak, dan Dr Raja Nazrin sangat berminat untuk mengetahui sejarah PAS sejak beliau masih belajar di luar negara lagi. Dr Nazrin bertanya mengenai buku sejarah PAS, dan pihak PAS berjanji akan menyiapkannya dalam 6 bulan lagi." Jelas Haji Mohd.

"Maka inilah sebabnya saya berminat untuk menyiapkan buku sejarah PAS yang kini sudah 30 bab saya tulis! Pelayar-pelayar Blog Ibnu Hasyim boleh lihat tajuk-tajuk bab sejarah tersebut sebelah kanan muka blog untuk memudahkan mencarinya." Kata Dr Haji Mohd yang juga pernah menghasilkan puluhan buku-buku sejarah, politik dan agama. Antaranya '1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depas PAS Kuasai Malaysia?' cetakan 1993 setebal 672 mukasurat, 'Konflik UMNO-PAS, Suatu Penyelesaian Menurut Islam', 'Fikrah Maddiyah Cabaran Abad 21', 'Personaliti Muslim', 'Personaliti Perkahwinan', 'Personaliti Muslimat Idaman' dan lain-lain.

"Saya berhasrat untuk menemui beberapa ahli dan pemimpin lama atau baru PAS yang masih ada bagi melengkap serta menambahkan gambar-gambar atau fakta-fakta.. Saya sangat memerlukan bantuan dari kawan-kawan yang dapat membantu!"

Bila ditanya adakah masa 6 bulan yang dijanjikan kepada Raja Muda Perak itu sudah berlalu, "Barangkali belum habis tempuhnya... saya tak tahu samada janji kepada tuanku sultan itu sudah ditunaikan atau belum?" Jelas Dr Haji Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (AK)

2 comments:

AnakPas said...

PAS dualu = TakBir ...Allah Hu Akabar..

SEKARANG

TakeBir ..A hak A hak!

Aku berdoa semoga allah memberi hidayat kepada mereka yang dah....ni

Anak KL said...

Cakap bodoh seperti ini membuktikan tentu bukan anak PAS. Anak PAS tak sebengong itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails