Sunday, August 02, 2009

Singapura, Dr Burhanuddin & Husam Musa




CATATAN PERJALANAN DI PULAU SINGA (2)

"PADA saya, walaupun ekonomi membangun, tetapi orang Islam seolah-olah di bawah penjajahan. Tidak bebas melaksanakan agama sendiri di atas tanah air kita sendiri... " Itulah yang terngiang-ngiang di telinga saya selepas sholat subuh itu, walaupun dia bukan seorang ahli akademik atau ahli politik. Walaupun juga di Singapura dikatakan tidak ada orang Melayu Islam yang merempat miskin atau papa kedana, di tengah-tengah pembangunan negara itu.

Teringat lagi saya kisah sejarah perjuangan umat Islam di Singapura di mana Prof Dr Burhanuddin, Presiden PAS ke 3 di seret ke penjara di zaman penjajahan sebelum tertubuhnya PAS, dalam kes Natrah yang baru meninggal dunia baru-baru ini. Begitu juga kisah Khadijah Sidek yang menurut sesetengah penulis sejarah mengatakan beliau pernah menjadi Ketua Muslimat PAS peringkat awalan, pernah ditahan dan melahirkan anak pertama dalam penjara di kota ini. Sila lihat siri sejarah PAS yang telah saya paparkan dalam blog ini Siri 1 hingga 30 walaupun masih belum selesai lagi.

Semalam (26 Julai), saya terima telefon kawan saya yang sudah puluhan tahun tidak bertemu kecuali beberapa tahun lepas jumpa di muktamar PAS Kelantan. Beliau menelefon saya bertanya mengenai pandangan saya tentang Prof Dr Burhanuddin. Kerana beliau dijemput membahas Ucapan pembentangan pemikiran Prof Dr Burhanuddin oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz & Anwar Ibrahim di Shah Alam pada 2 Ogos ini (hari ini). Beliau adalah YB Datuk Husam Musa.

Saya beri pandangan saya secara spontan kira-kira...

1.. Dr Burhanuddin seorang pejuang Islam yang memilih pendekatan nasinalisme, sesuai dengan suasana masa itu. Akhirnya beliau menyertai PAS meninggalkan Partai Rakyat, di mana beliau dihadiahkan sebuah Qur'an oleh Dewan Pemuda PAS sebagai simbolik supaya jangan lari dari perjuangan Islam.

2..Beliau adalah seorang tokoh intelek dan ulama pada masa itu. Seorang dokter perubatan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Jadi bukan perkara baru dalam PAS mengenai kes profesianal dan ulama. Beliau boleh diterima oleh semua golongan sebelum itu, termasuk pihak UMNO pernah menjemput beliau berceramah atau bentangkan pemikiran beliau.

3..Beliau seorang pemimpin yang kurang bernasib baik kerana selayaknya beliau boleh jadi pemimpin utama Malaysia. Dalam pertemuannya dengan Sukarno dan pemimpin kemerdekaan Indonesia di Taiping untuk sama-sama mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia serentak dengan Tanah Melayu, di mana beliau dipilih sebagai pemimpin utama di Tanah Melayu atau Malaya selepas peninggalan Jepun. Tetapi kerana beberapa sebab cita-cita tersebut tidak terlaksana. Hal ini yang perlu diberi perhatian.

Kesimpulannya, Dr Burhanuddin adalah seorang pejuang atau mujahid yang mempunyai peranan besar dalam meniupkan semangat kemerdekaan menentang penjajahan di Malaya, Singapura, India dan negara-negara jiran. Kerana dia juga rapat dengan Mahatma Gandhi di India. Beliau adalah seorang pemimpin perjuangan peringkat global. Jadi rakyat malaysia, bahkan rakyat Singapura masa kini perlu meneliti pemikiran beliau..

Wassalam.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Woodlands Julai 27 2009.

Sila lihat...

1 comment:

Anonymous said...

boleh ke sebuah negara lepaskan wilayahnya tanpa sebarang tentangan? kata2 "lepaskan la wilayah ni, takut ak nk perang" adalah kata2 pengecut...maruah nak letak mana? takde negara lain buat mcm ni...biar kalah asal jgn jd pengecut...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails