Monday, August 03, 2009

Sivarasa Bebas, Tinggal 13 Lagi.

Berita Mstar Online. Isnin Ogos 3, 2009. ISA: Sivarasa bebas, 13 lagi akan didakwa

R. Sivarasa selepas dibebaskan dengan jaminan polis di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini. Beliau ditahan reman dua hari sejak Sabtu lalu kerana terlibat dalam perhimpunan anti-ISA di ibu negara. --fotoREUTERS

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan haram anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin dibebaskan di Mahkamah Sesyen hari ini.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun perlu melapor diri semula di mahkamah pada 17 Ogos ini.

"Saya sudah dibebaskan kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

"Polis ambil keputusan untuk bebaskan saya dengan jaminan mulut... namun saya perlu melapor diri semula pada 17 Ogos," katanya kepada mStar Online.

Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan antara 17 orang yang ditahan reman selama dua hari bermula kelmarin.

Tempoh berkenaan berakhir hari ini.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.

Bagaimanapun 13 lagi yang direman kini masih berada di Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk didakwa.

"Hanya saya yang dibebaskan hari ini... saya pun tidak pasti mengapa, namun 13 lagi yang ditahan bersama saya masih berada di mahkamah untuk didakwa," katanya. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails