Thursday, August 06, 2009

Harakah Jawab: Penasihat Undang Magaran bukan ahli PAS


KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) -

Penasihat Undang-undang Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA - Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bukan ahli PAS seperti didakwanya tegas Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali.

Mustafa menjelaskan semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya dan tiada rekod menunjukkan penyokong ISA itu ahli cawangan Sungai Ramal, Kajang.

"Kami (PAS) telah membuat semakan terhadap senarai daftar ahli dan telah merujuk ke cawangan PAS Sungai Ramal tetapi tiada rekod menunjukkan bahawa penasihat undang-undang Magaran (Mohd Khairul) ini ahli PAS.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS menafikan dakwaan beliau yang mengakui sebagai ahli PAS," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Ditanya sama ada PAS akan menerima keahlian Mohd Khairul jika lelaki tersebut memohon untuk menjadi ahli, Mustafa menegaskan PAS menentang ISA dan sesiapa yang mahu menjadi ahli tidak boleh menyokong akta zalim tersebut.

Mohd Khairul Azam Abd Aziz yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA pada 1 Ogos lalu dipetik sebagai berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong akta tersebut. (AK)

KLihat Sebelumnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails