Wednesday, August 05, 2009

Pejabat PAS, Tolong Cek, Ada Tak Nama Kerbau Ini?

Siapa Gerangan Si-Kerbau Hitam Dalam Pas Itu?



SEKONYONG-KONYONG nama Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz (gambar) yang bertindak sebagai Penasihat Undang-Undang kepada Magaran tiba-tiba menjadi terkenal. Ia ekoran tindakan Khairul yang menyerahkan memorandum kepada Istana Negara Sabtu lalu mewakili Magaran yang proI-ISA itu. Dan ia menjadi semakin gempaq kerana Khairul diberitakan adalah ahli PAS - sebuah parti yang tidak pernah surut berjuang menentang akta gila babi itu.

Siapa si-mamat bernama Khairul yang tiba-tiba menjadi hero Magaran itu? Sejak bila dia menjadi ahli PAS dan adakah ia ahli yang aktif atau setakat ada nama dalam rekod parti tapi tidak pernah aktif memperjuangkan suara parti? Tindakan Khairul (jika benar dia ahli Pas) pasti dilihat mencemar imej Pas. Seperti kata pepatah, Khairul bak seekor kerbau membawa lumpur, habis semua nama parti terpalit. Tindakan Khairul (jika benar ia ahli Pas) bukanlah pelik benar kerana dalam parti yang sebesar Pas, tentu ada seekor dua ekor 'kerbau' yang mempunyai idea dan inspirasi berbeza dari kumpulannya. Ia juga berlaku dalam parti lain seperti Umno yang ada ahlinya yang pernah dituduh menjadi militan komunis.

Sama ada Khairul memang ahli Pas atau tidak, sesuatu yang melucukan saya ialah susuk Khairul mengingatkan saya kepada seorang pemimpin Umno yang berkulit gelap, berkaca mata tebal dan sangat anti-Pas dan PR dan kini menjadi orang yang paling berkuasa di Perak menerusi satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah. Adakah Khairul dan mat Perak itu ada hubungan kekeluargaan?

~ pendikar gunung kriang (http://pendikargunung.blogspot.com)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau tak salah, macam saya kenal orang ini. Nampaknya pejabat Agung PAS kena tolong semak nama kerbau hitam ini, ada ke tidak berdaftar sebagai ahli PAS? Atau cuma seekor musang yang pinjam bulu ayam... (AK)

4 comments:

al-brangi said...

kalau kerbau balau senang cam, ni jenis kerbau gelap

A.Rahman Ali. said...

Betoi, betoi!

Anonymous said...

dia ni exstudent FUU ukm dan mantan presiden TSB ukm, parti politik pelajar UKM yg pro-umno..zaman dia kalah teruk, tinggal 2 batu nisan pasal politik ala-crook dia tu

x-fuuukm 2002

Kuda Perang said...

Dia ni lah masa kat UKM dulu asyik rosakkan anak dara orang, tiap2 malam bawa anak dara orang naik motor... Jenis rosak akhlak yang tidak patut dijadikan pemimpin langsung...
Mana2 pertubuhan yang nak pilih dia ni jadi pemimpin, baik jangan lah... Buruk kesannya kepada ummat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails