Monday, August 03, 2009

17 Lagi Belum Dibebaskan Termasuk MP Pakatan

TAHANAN ISA DIBEBASKAN... Naim Jusri memeluk isterinya Nussaibah Ariffin dan anaknya Masirah naim sebaik dibebaskan oleh polis kerana menyertai demonstrasi anti-ISA kelmarin.--foto THE STAR oleh: ABDUL RAHMAN SENIN

Mstar Online: Isnin Ogos 3, 2009: ISA: 17 termasuk MP Pakatan ditahan reman

KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara kelmarin dikenakan perintah reman selama dua hari yang akan berakhir hari ini.

Kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.

"Bagaimanapun remaja yang berumur 18 tahun ke bawah telah dibebaskan secara berperingkat bermula awal pagi ini," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam respons SMS kepada Bernama.

Antara yang direman ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)R. Sivarasa.Seramai 572 individu daripada 589 orang yang ditahan semalam turut dibebaskan hari ini.

"Kesemua 17 individu itu kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan didakwa atau dibebaskan," katanya.

Kesemua mereka yang ditahan itu adalah antara sebahagian 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi kelmarin untuk menghantar memorandum mansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, usaha GMI untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis.

3 comments:

PAS-PKR-DAPigs said...

Kalangan anak muda hari ini tidak tahu kekejaman 'komunis' terhadap melayu/Islam setelah tamat pemerintahan Jepun dan sebelum kemasukan semula kuasa British di Tanah Melayu.

Pada masa itu 'komunis' dapat memerintah lebih kurang seminggu sahaja - tetapi tahukah anak2 muda hari ini berapa ramai 'komunis' ini telah membunuh melayu/Islam yang tidak berdosa - itu baru dapat kuasa seminggu, kalau sebulan? setahun? bagaimana.

Yang saya tahu di Sg Manik sahaja melayu(Banjar) yang berani melawan dan berperang sabil dengan komunis ini.

Hari ini, PAS dan PKR bersengkokol pula dengan 'anak-cucu komunis' ini.

Sekarang ramai pula melayu/Islam yang mahu hapuskan ISA yang telah berjaya mengawal kegiatan 'komunis'.

'Anak-cucu komunis' ini akan bersorak gembira jika ISA di gubal atau dihapuskan.

Kebijaksanaan cina berpolitik - mereka tidak mahu berdemonstrasi, sedangkan mereka inilah anak-cucu 'komunis' yang sebenarnya.

Hasbullah Pit said...

Saya antara 17 orang tu.
Dh dibebaskan tadi.
YB Sivarasa dibebaskan, & 16 lagi dibebaskan dengan ikat jamin, tapi kena bicara 4 sept nanti.

tapi IC belum dipulangkan.

Anonymous said...

betul sangkaan saya 5tahun lepas...
naim jusri nih dah kahwin,tapi takut untuk beritahu kebenarannya...=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails