Saturday, June 06, 2009

Malam Kebudayaan Islam , Wacana Muzikal



















Sambutan hebat di 'Malam Kebudayaan Islam Wacana Muzikal'




FRIDAY, 05 JUNE 2009 15:08

SHAH ALAM, 6 Jun - Malam Kebudayaan Islam "Wacana Muzikal" yang menampilkan juara akademi nasyid Azhan Atan, Akhil Hayy, Muadz, Ito Blues Gang, Ringgo, Zaidi Wildan dan kumpulan Nusantara sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-55 mendapat sambutan hangat peminat nasyid dan hiburan Islam tanahair malam ini.

Konsert yang bermula jam 9 malam di Stadium Malawati Shah Alam turut menampilkan Naib Presiden PAS, Muhamad Sabu dan Bendahari PAS, YB Dr Hatta Ramli yang dijemput untuk mendeklamasikan sajak dan turut membicarakan persoalan hiburan alternatif dan artis masa kini yang cenderung kepada hiburan berunsurkan kerohanian dan ketuhanan.

Pengacara konsert Malam Kebudayaan Islam Wacana Muzikal ialah Zaidi dari kumpulan nasyid Wildan yang turut menyampaikan dua buah lagu. Turut sama di pentas bagi membicarakan program ini ialah YB Dato Dr Hassan Mohd Ali dan YB Dato Mahfuz Omar.
(AK)

2 comments:

TEKONG DARAT said...

salam...
blog anda telah di link ke tekong darat...
tq

Ibnu Hasyim said...

T.kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails