Saturday, June 06, 2009

Tahalluf Siyasi /Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO - Wakil Selangor.





SHAH ALAM, 6 Jun - PAS Selangor menegaskan bahawa pihaknya akan berdepan dengan Umno bagi membincangkan isu tahalluf siyasi dan kerajaan perpaduan. Demikian ujar Sallahudin Nasir, perwakilan Selangor ketika perbahasan ucapan dasar Presiden sebentar tadi.

"Selangor akan berdepan dengan Umno bagi membincangkan secara terbuka mengenai tahalluf siyasi sama ada Umno Selangor mahupun Umno pusat," katanya kepada sidang muktamar Tahunan PAS kali ke-55 di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini. Mengulas lanjut berkenaan kesan perlaksanaan Islam ke atas kerajaan Pakatan rakyat di Selangor, pihaknya menyatakan bahawa Negeri Selangor telah mengadakan rundingan bersama pihak tertentu dalam isu arak.

"Kami mencadangkan agar diwujudkan satu sekretariat untuk membincangkan hal-hal yang penting dalam usaha memperkasakan Pakatan Rakyat pada hari ini," ujarnya. Dalam pada itu beliau yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Gombak menyatakan rasa simpati beliau terhadap pergolakan politik yang berlaku di negeri Perak sekarang ini.

"Saya berharap agar Perak dapat bertahan dengan suasana politik yang kian bergolak... Ini kerana perjuangan untuk menentang Umno perlu diteruskan kerana walaupun parti itu kini dalam keadaan lemah tetapi ia masih hidup," katanya lagi. Namun begitu, beliau optimis bahawa keadaan sokongan rakyat kini tetap memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Justeru, kita harus bersyukur dengan apa yang ada dengan tidak melupakan apa yang diperolehi sebelum ini," demikian ujar (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Kepada setia-usaha Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (UMNO) Ketua Parti gerakan Mah Siew Keong, Ketua MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua PPP Datuk T. Murugiah dan peminpin-peminpin komponen.

Kami YIP KUM FOOK Ketua MCA Gombak, YIP JIUN HANN pemuda MCA Gombak dan Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors 48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah, Pudu 55100 Kuala lumpur, dengan hormatnya disini harap semua parti komponen BN menyokong seruan bekas menteri penerangan Zain Nuddin menjemput bekas Perdana menteri DR. Mahathir bin Mohamad ke Putera Jaya menolong Kerajaan mentadbir Negara.

Kerana berbanding dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan lain-lain dengan jelasnya bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad lebih berkaliber dan berpengalaman mentadbir Malaysia dengan sepurna.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
52100 KUALA LUMPUR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails