Monday, June 01, 2009

Pecah Tanah Pecahkan Kumpulan Anti Erdogan -Nik Aziz


KOTA BHARU ERDOGAN (PM Turki) berjaya memalukan PM Israel, kalau ada Erdogan dalam PAS, saya berasa gembira kerana Erdogan ini boleh memalukan golongan sekular dan mengalahkan Umno/BN,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru berkata demikian Selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru bernilai RM50 juta di Bekas Tapak Balai Polis IPD Kota Bharu hari ini.

Mengenai Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Mursyidul Am PAS berkata, kedua-dua ciri (Ulamak dan Profesional) itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

“Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur sdn bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Ariffahmi Ab Rahman.

Blog Ibnu Hasyim: Majlis pecah tanah yang dirasmikan oleh Tok Guru itu diharap dapat memecahkan niat jahat kumpulan anti Erdogan dalam PAS kalau ada.
- Mstar dan Video tvpas/Jiwo Kelate (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails