Saturday, June 06, 2009

Kerajaan Campuran, Presiden PAS Yakin Akan Diterima..


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin konsep kerajaan perpaduan yang disyorkannya akan diterima oleh parti-parti politik terutamanya komponen Pakatan Rakyat suatu hari nanti. Beliau berkata konsep berkenaan masih terlalu awal dan memerlukan huraian yang terpeinci mengenai pelaksanaannya.

''Satu hari nanti mesti kita menerima hakikat, tak semestinya yang ditolak hari ini akan ditolak selama-lamanya,'' katanya ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di sini hari ini. Ditanya sama ada kesemua parti politik perlu menerima hakikat bahawa konsep kerajaan perpaduan perlu dilaksanakan untuk menerajui negara ini, beliau berkata ''akan tiba masanya.''

Diminta mengulas mengenai pendirian berbeza gabungan komponen dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Abdul Hadi berkata apa yang berlaku ialah konsep dan objektif cadangan tersebut tidak diterangkan dengan jelas.

''Apa yang penting konsep dan objektif tidak diterangkan... media tidak mendapat maklumat yang sepenuhnya,'' katanya. Jelas beliau konsep kerajaan perpaduan perlu diterima oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat sebelum dilaksanakan.

Sementara itu di Jerlun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, mensifatkan pembentukan kerajaan perpaduan mampu memulihkan ekonomi negara sekiranya dibincangkan dengan ikhlas dan penuh toleransi oleh Umno dan PAS. Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata beliau yang berkhidmat di bawah kementerian berkenaan sedar bahawa kriteria kestabilan politik penting untuk menarik minat pelabur asing ke negara ini. (BERNAMA dll. AK)

5 comments:

Anonymous said...

PAS akan kembali ke zaman gelap sekiranya masih bermimpikan tidur sebantal bersama UMNO...kebanyakkan rakyat sudah melompat keluar dari bot UMNO yg semakin reput,tapi PAS lebih suka mengheret ahlinya untuk lemas bersama2 UMNO..hello...wake up PAS!!!Jangan syok lebeh..

keraspedal said...

pas dah gelap dah dengan kekalahan husam musa....sob..sob..sob

haikal said...

..........lu pikirlah sendiri yang berbeza hanya kopiah dan songkok saja, otak mereka cari duit buat keroni dan keluarga...makin jelas dah Islam sebagai alat untuk cari makan,usia dan lanjut takut tak sembat jadi menteri maka dicarilah umno untuk tump[ang semangkok..Hu..hu...

klabit0759 said...

Selama ni, tiap-tiap PRU, bila mengundi aku tak nampak 'kati' pada kertas undi. Lepas ni, kalau terjadi kerajaan perpaduan, silap-silap 'Bulan Mengambang' pun tak nampak kot....

dun26bangi said...

Kerajaan campuran. Akan wujud PM dari BN dan TPM dari PR? Tidak wujud kerjasama PAS - UMNO. Penerangan PAS harus memainkan peranan proaktif menerangkan cadangan ini. Jangan beri ruang pihak lawan memprovokasikan cadangan ini sehingga ahli PAS sendiri keliru. Jangan sampai cadangan kerajaan campuran ini menerima nasib seperti 1 Malaysia yang PAS dok kutuk setiap hari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails