Friday, June 05, 2009

Awas H1N1.. Babi!


KUALA LUMPUR Jumaat Jun 5, 2009: BERNAMA melaporkan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa ketiga-tiga pesakit baru yang disahkan Influenza A(H1N1) semalam, masih di rawat dan berada dalam keadaan stabil. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga kini kes sah Influenza A(H1N1) import di negara ini masih kekal seramai lima orang.Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga lagi kes jangkitan virus influenza A(H1N1).

Kes pertama H1N1 yang dilaporkan semalam melibatkan seorang penuntut berusia 23 tahun yang baru balik dari Amerika Syarikat menaiki pesawat Malaysia Airlines MH091 pada Isnin lepas. Penuntut berkenaan tidak mengalami demam semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi mula demam dan batuk dua hari kemudian.

Dua lagi pesakit adalah warganegara Jerman merupakan penumpang pesawat AirAsia AK702 dari Singapura ke Kuala Lumpur pada Rabu lepas. Mereka yang masingmasing berusia 30 dan 32 tahun bertolak dari Jerman untuk melancong di Singapura dan kemudian berkunjung ke negara ini semalam dan menunjukkan tanda-tanda demam selepas tiba di Kuala Lumpur.

Penuntut berkenaan telah menerima rawatan antiviral di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala dua lagi pesakit lelaki yang merupakan warganegara Jerman menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa sehingga 12 tengah malam tadi, sejumah 22 notifikasi kes yang mempunyai tanda jangkitan influenza sekembali melawat negara yang terlibat dengan wabak itu diterima dari seluruh negara termasuk dua kes yang disahkan sebelum ini. Katanya, daripada 22 kes itu, dua telah disahkan positif terhadap wabak itu, 12 adalah negatif dan lapan masih menunggu keputusan.

Sehingga kini, jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana mendapat simptom jangkitan Influenza selepas melawat negara yang terlibat ialah sebanyak 433 kes

1.. Ada apa pada babi?
2..Larangan al-Quran cegah 'selsema babi'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails