Saturday, June 06, 2009

Kerajaan Perpaduan Menurut Presiden PAS Akan Terus Bergema?



SHAH ALAM, 5 Jun - "Pakatan Rakyat dan kerajaan UMNO/BN sendiri menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh saya untuk menyelesaikan masalah negara yang berlaku. Semua pihak termasuk Pakatan Rakyat perlu memahami dahulu konsep secara terperinci kerana ini merupakan perkara yang baru di Malaysia dan untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik,"

Presiden Pas, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Melawati pagi tadi. Beliau mengulas tentang cadangan Kerajaan Perpaduan yang jelas menjadi tanda tanya banyak pihak termasuk ahli PAS sendiri.

Antara lain, beliau menjelaskan bahawa PAS bergerak secara kolektif bersama Pakatan Rakyat kerana mempunyai tanggungjawab bersama untuk menangani krisis ekonomi, politik, global dan sosial yang berlaku di Malaysia. (AK)

Sila lihat... Saturday, June 6, 2009 Kerajaan Perpaduan: PAS, DAP & PKR, Semua Boleh Diselesaikan..

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah konsep Kerajaan Perpaduan menurut Presiden PAS ini akan terus bergema?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails