Friday, June 05, 2009

2 Kejutan, Pendekatan Baru Dalam P'raya DUN Sarawak -Nasharuddin



SHAH ALAM, Khamis Jun 4, 2009: Menurut mStar Online Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, parti itu akan membuat dua kejutan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tahun depan. “Kita akan bawa kejutan yang akan membawa lontaran kepada masyarakat Malaysia,” katanya dalam ucapan perasmian Dewan Muslimat PAS pusat di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam di sini.

Ditanya adakah pendekatan tersebut dibincangkan bersama dalam Pakatan Rakyat, Nasharuddin berkata, setakat ini ia hanya dibincangkan dalam PAS. “Di peringkat awal ini kita hanya merangka strategi dan pendekatan baru yang akan digunakan nanti... kata beliau yang juga ahli parlimen Bachok. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails