Saturday, June 06, 2009

Mohamad Sabu Baca Sajak Altantuya... Bergemuruh.






'ALTANTUYA ' oleh Mohamad Sabu


Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana-mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah.

SHAH ALAM, 6 Jun 2009 - Sajak yang dikarang Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dideklamasikan beliau di Stadium Malawati sempena Wacana Seni, Muktamar PAS ke-55 malam tadi mendapat perhatian dan tepukan gemuruh.

Di hadapan kira-kira 5000 penonton sempena malam wacana muzik Islam, Mohamad Sabu membacaan sajak yang membicaralan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu, seorang model warga Mongolia. Sebaik bait-bait sajak sajak yang dikarang hanya dalam masa 20 minit itu dituturkan, laungan takbir dan tepukan gemuruh silih berganti.

Tidak kurang juga ada yang tertawa dengan sindiran sinis bait-bait sajak yang sangat unik itu. Menyusul selepas Mohamad Sabu membacakan sajak, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli turut membacakan sajak kemanusiaan yang turut menghiburkan penonton. Dua tokoh ini turut membicarakan isu seni dan budaya dengan kupasan mengenai pengaruhnya dalam lapangan dakwah dan mengubah minda anak muda.

Sebelum itu, juara Akademi Nasyid, Azhan Atan mendendangkan lagu-lagu ketuhanan, selain bekas penyanyi kumpulan Arrow, Renggo dan Ito Blues Gang yang turut memeriahkan malam Wacana Seni. Terkemudian selepas bacaan sajak dua tokoh besar dalam PAS itu, Akhil Hayy dan beberapa penyanyi nasyid lain mengambil tempat untuk menghiburkan penonton.(AK)

3 comments:

Anonymous said...

Sajak yang dicipta oleh Mat Sasabu tidak layak dibaca di Muktamar yang begitu tinggi makamnya.

Sajak Mat Sasabu hanya layak dihumban ke dalam kumpulan picisan saja... jadi bahan ketawa yang merugikan dan membuang masa.

Bagi aku, lebih baik dideklamasikan sajak Ibnu Khaldun yang amat tinggi nilai dan ajaran intrepretasinya.

Dedahkanlah penyaer-penyaer Islam yang agong kepada generasi baru PAS.

daLyaanoon said...

http://www.youtube.com/watch?v=O90PI-yB0K0

Anonymous said...

said most people will repayment the personal loans when they're due not to mention not having bank charges
A top credit card debt charitable organisation expects numerous men and women checking out them all for assistance over cash advance loan credit card bills in order to twin the. personal debt good cause says about used the actual short term, increased benefit fiscal loans in 2010. Any charitable organization says four years previously the sheer number of consumers using them had been minor.
kredyty bez bik
więcej przeczytasz klikając ten link
http://szybkapozyczkaonline.com.pl
kredyty bez bik
strona domowa

http://kredyty-bez-bik.org.pl
http://szybkapozyczka24.info.pl
http://szybkapozyczka24.info.pl

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails