BENARKAH penyanyi Waheeda berusia 30 tahun yang popular dengan lagu Wassini, lebih setahun yang lalu dikatakan pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan karier seninya sebagai penyanyi dan pelakon? Apakah benar ketika itu ramai yang merasakan keputusan tersebut dibuat oleh Waheeda gara-gara isu kononnya penyanyi ini telah berkahwin dengan Akhil Hayy?
Atau apakah kerana memang penyanyi itu sudah mula menyedari bahawa berdakwah melalui nyanyian bagi wanita adalah bukan suatu kerja yang betul dan mulia? Namun dikatakan juga Waheeda masih lagi dilihat terus aktif dengan aktiviti seninya sehingga hari ini dan sedang menunggu album terbarunya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum terus berundur? Atau ada desakan dari kalangan tertentu dengan semakin banyaknya tawaran di mana dia terpaksa tidak menolaknya sementara menantikan albumnya itu siap?
Tetapi, diberitakan juga dia tetap tegas menyimpan hasratnya untuk tinggalkan bidang seni satu masa nanti. Namun, kononnya dengan kontroversi hebat yang melanda dirinya ketika ini, kata Waheeda, dia memang nekad untuk 'bersara' dan kemungkinan besar akan terus menghentikan projek penghasilan album terbarunya itu. "Mungkin dulu saya bercakap seperti ini juga, tetapi saya tetap terus berada di dalam industri. Tetapi kini, saya rasa cukuplah apa yang saya lalui. Saya nekad untuk berhenti terus..."
Menurut beliau lagi ibubapanya juga menyarankan perkara yang sama. "Sekarang ini saya tengah tunggu untuk selesaikan dulu projek-projek lakonan termasuklah program Cafe Akhil Hayy," kata Waheeda. "... Saya masih ada banyak benda yang boleh dibuat. Saya ingin terus lakukan kerja-kerja kebajikan. Ketika ini pun saya bertugas sebagai 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID).
"Mungkin jika saya ingin siapkan juga album tersebut, saya akan buat 'senyap-senyap' saja tanpa sebarang publisiti. Siapa yang nampak album saya itu di pasaran, itu sajalah...tidak akan ada majlis pelancaran atau sebagainya," kata Waheeda yang akui dia telah merakamkan semua lagu dalam album terbarunya itu.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas diucapkan kepada Waheeda, ramai artis-artis yang telah beralih kepada kegiatan yang wajar menurut agama. Ustaz Akhil Hayy pun sudah pilih PAS, tidak timbul masalah rezeki.. Syabas Saudari Waheeda! (2MA)
Sila lihat sebelum ini:
Isteri Akhil Hayy Failkan Penceraian.
Sah, Waheeda Isteri Kedua Akhil Hayy
No comments:
Post a Comment