Saturday, June 06, 2009

Kerajaan Perpaduan: PAS, DAP & PKR, Semua Boleh Diselesaikan..





SHAH ALAM Jumaat Jun 5, 2009: Menurut mStar, Penubuhan kerajaan perpaduan yang disyorkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat reaksi berbeza pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti itu menolak syor pembentukan kerajaan perpaduan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. "Kami tolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno-BN (Barisan Nasional)," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa konsep kerajaan perpaduan yang disyorkannya merupakan penyelesaian terbaik untuk pembangunan negara. Malah Abdul Hadi memberitahu, gabungan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat telah menerima cadangan tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini menafikan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan dengan BN berjalan dengan baik. "Pertamanya persoalan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan tidak pernah timbul atau dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat. Keduanya soal cakap-cakap mengenai pembentukan kerajaan perpaduan antara Umno-PAS hanya dibaca melalui media, perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Semuanya boleh dirunding, dibincang dan diselesaikan, bersama-sama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails