Thursday, June 04, 2009

Ringgo: Dengan Album Pesan Tok Guru..



GOMBAK, Taman Melewar Jun 4, 2009: Ketua Dewan Pemuda PAS, semalam melancarkan Album ‘Pesan Tok Guru’ dendangan Renggo dalam Majlis Minum Petang bersama Perwakilan dan Pemerhati sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda ke 50.

Album yang dijual di pasaran dengan harga RM15.00 bagaimanapun diberi harga istimewa untuk para Perwakilan dan Pemerhati dengan Harga RM10.00. Disamping memperkenalkan Albumnya, Renggo mendendamkan 3 buah lagu yang terkandung dalam album tersebut iaitu ‘Pesan Tok Guru’, ‘Esa’ dan ‘Sendu’ sebuah lagu lama yang diberi nafas baru.

Majlis dianjurkan oleh Jabatan Belia, Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan Kesenian Dewan Pemuda PAS Pusat yang dipengerusikan oleh YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

1 comment:

Anonymous said...

kat mane leh download album ni erk??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails