Monday, June 08, 2009

Kerajaan Perpaduan: PAS Perlu Jelaskan -Guan Eng


GEORGE TOWN Isnin Jun 8, 2009: DAP mahu PAS menjelaskan pendirian parti itu mengenai isu kontroversi idea penubuhan kerajaan perpaduan membabitkan kerjasama Umno-BN pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan datang. Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di sini hari ini.

Isu idea kerajaan perpaduan muncul semula semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-55 yang berakhir semalam. Semalam, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi penjelasan mengenai konsep kerajaan perpaduan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Nasharudin berkata, PAS tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) dan beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan akan dapat diselesaikan setelah Abd Hadi memberikan penjelasan kepada mereka. Perbincangan antara PAS dan Umno bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Idea itu turut mendapat bantahan perwakilan PAS sendiri yang tidak bersetuju dengan perbincangan antara parti itu dan Umno. Abd Hadi dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 Jumaat lalu yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

Katanya, hasrat itu digagaskan selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas dengan tujuan mencari jalan kompromi dalam pembentukan kerajaan pada ketika itu dan ia diterima secara positif bukan sahaja dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang malah pemimpin Umno sendiri. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

La apala yang pelik. Tuan Guru Haji Hadi cakap perpaduan atas isu tertentu bukannya penggabungan. Lani kita pikir parti bukan Islam selalu buat kontroversi berkaitan Islam dan hak-hak bumiputra. DAP tak tentang MCA dan MIC tetapi UMNO. Tentu ada udang. PAS dan UMNO memang berbeza aliran tapi kita kena faham atas isu tertentu, kita kena bersama-sama.Cuba kita tengok siapa yang takut bila ada ura-ura perpaduan tu. Tentu parti bukan Islam. Kita kena faham KMD "Kajian Masa Depan". Apa kita buat sekarang ni akan berlaku dua tiga tahun akan datang. Atas su terstentu saya sokong, penggabungan No way.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails