Sunday, October 02, 2022

Thailand hormati S'pura, tetapi X S'pura-jiran..

 


Thailand hormati pendirian Singapura berhubung ganja

BANGKOK: Thailand menghormati undang-undang yang melarang pengambilan ganja di negara seperti Singapura dan tidak bercadang mempromosi penggunaannya kepada rakyat negara itu.

Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul, berkata bukan tujuan pihaknya untuk mengubah pemikiran kerajaan Singapura.

Beliau, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berada di barisan hadapan berkaitan dasar ganja Thailand sejak parti politiknya, Bhumjaithai, memulakan usaha membenarkan ganja bagi kegunaan perubatan dan ekonomi pada pilihan raya 2019.

Kata Anutin, ganja sudah pun dikeluarkan daripada senarai bahan narkotik Thailand pada 9 Jun lalu dan beliau bangga dengan pencapaian itu.

Selagi 'bahagian buruk' mengenai ganja dapat dikawal, jika ia memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat kami dan menjana pendapatan buat semua sektor berkenaan, kami tidak teragak-agak untuk mempromosi produk ini", tambahnya.

Pada 2018, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ganja untuk perubatan dalam bentuk terhad.

Dengan ganja kini bukan lagi bahan terlarang, tidak menyalahi undang-undang untuk mengambil, menanam atau memiliki tanaman ganja.

Kelonggaran itu membuka laluan kepada penanaman ganja rumah dan penggunaannya dalam industri serta perniagaan berkaitan untuk mendapat manfaat dari segi ekonomi.

Sejak beberapa bulan lalu, terdapat kenaikan besar produk berkaitan kanabis/ganja seperti daripada bunga ganja kepada makanan dan minuman yang tersedia di kedai, pasar raya dan kedai makan.

"Jutaan dolar sudah dilabur ke dalam industri ini," kata Anutin sambil menekankan bahawa hanya ganja bagi kegunaan perubatan dibenarkan.

Ekstrak dengan lebih 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC), bahan kimia psikoaktif utama dalam kanabis, kekal dilarang di Thailand.

Namun, kebenaran pengambilan ganja itu menarik perhatian dan kebimbangan beberapa pihak berkuasa, termasuk pemerintah Singapura, yang mengeluarkan amaran berkaitan pemilikan dan penggunaan ganja buat pelancong dari Thailand.

Singapura juga mempunyai klausa luar negara dalam undang-undang dadahnya yang membenarkan penduduk tempatannya ditangkap kerana mengambil dadah di luar negara, apabila mereka kembali ke Singapura.

Sesetengah pelancong juga menyatakan rasa tidak selesa dengan penggunaan ganja secara bebas di Thailand.

Namun, Anutin menolak persepsi itu sambil berkata: "Itu adalah pemikiran sesetengah orang yang tidak mahu membuka minda mereka.

"Selain itu, terdapat banyak lagi yang Thailand tawarkan seperti makanan, membeli-belah, pantai dan tarikan kebudayaan lain," katanya. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimThailand pandai hormati pendirian Singapura berhubung ganja, cuma Singapura tak pandai menghormat negara jiran berhubung pengkhiatan negara haram Israel.


BERITA BERKAITAN


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails