Wednesday, October 05, 2022

Poay Tiong mahu JPM dibubarkan? Konsert di Kedah dihentikan..

 

Foto ihsan Twitter Abdul Latiff

1. 'Kenyataan Poay Tiong tidak bertanggungjawab, jauh terpesong'

KUALA LUMPUR: Gesaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoi Poay Tiong yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibubarkan kerana tidak berfungsi dengan baik disifatkan tidak berasas.

Pengerusi jawatankuasa, Abdul Latiff Abdul Rahman, berkata kenyataan Poay Tiong membabitkan beberapa isu diketengahkan itu sangat tidak bertanggungjawab dan jauh terpesong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut membidas Poay Tiong susulan dakwaan mengenai kegagalan JKPK Parlimen bagi agensi di bawah JPM memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Kenyataan itu, katanya, sangat tidak bertanggungjawab kerana surat pemakluman dan jawapan daripada Penasihat Undang-Undang (PUU) Parlimen sudah diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa termasuk beliau sendiri, pada 4 Ogos lalu.

"Ia setelah dirujuk kepada PUU berkaitan jawapan balas Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada surat panggilan Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) untuk beliau hadir ke prosiding jawatankuasa ini.

"Maklum balas dan nasihat PUU amat penting untuk dirujuk agar prosiding JKPK JPM tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Minggu lalu, media melaporkan Poay Tiong yang turut menganggotai JKPK Parlimen bagi agensi di bawah JPM menggesa jawatankuasa itu dibubarkan menjelang tarikh luputnya pada 10 November ini, kerana gagal meneliti dan menyiasat pegawai kerajaan dalam beberapa isu berkepentingan awam.

Mengenai isu kapal tempur pesisir (LCS), Abdul Latiff berkata, cadangan memanggil SPRM untuk memberi taklimat berkaitan isu berkenaan tidak diterima beliau berikutan beberapa alasan.

"Pada pandangan saya, apa perlunya untuk memanggil SPRM kerana sudah jelas berdasarkan laporan akhbar pada 11 Ogos lalu, siasatan SPRM sudah selesai dan diserahkan kepada Peguam Negara. Boleh rujuk di sini : https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/08/987337/siasatan-p....

"Selain itu, saya ingin menegaskan jawatankuasa ini bukanlah jawatankuasa paling sedikit bermesyuarat berbanding JKPK lain.

"Jawatankuasa ini sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat tahun ini, selain ada yang terpaksa ditangguhkan kerana apabila SUDR memanggil beberapa pihak dan agensi di bawah jawatankuasa terbabit, namun tidak kesampaian kerana beberapa masalah teknikal di peringkat agensi berkaitan," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, beliau agak bersetuju dengan kenyataan Poay Tiong mengenai banyak agensi bernaung di bawah jawatankuasa berkenaan, selain berharap ahlinya terutama Ahli Parlimen Kota Melaka berperanan dengan lebih baik untuk kelangsungan JKPK Parlimen bagi agensi di bawah JPM. (BH)


2. Kedah hentikan sementara semua konsert terbuka 

ALOR SETAR: Semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) yang baharu, ditetapkan dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah Mohd Firdaus Ahmad berkata pemberhentian sementara itu, bagi membolehkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan mengenai penyelarasan SOP penganjuran konsert di Kedah.

“Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan memaklumkan, sebarang konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah.

“Tetapi, Menteri Besar maklum secara umum jadi kita tidak pasti jenis konsert yang macam mana tidak dibenarkan itu. Esok, saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Negeri dan mungkin ia boleh diperincikan oleh Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung kejadian muda-mudi yang terkinja-kinja dalam penganjuran ‘Muda Mudi Weekend Fest’ di Balai Seni Alor Setar baru-baru ini di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Kelmarin, tular di media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan anak muda, sambil melakukan pelbagai aksi antaranya menari di Balai Seni Alor Setar dan ia mengundang rasa rasa kurang senang, memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus berkata hasil perbincangan dan perjumpaan bersama penganjur mendapati, tiada sebarang pelanggaran melibatkan pihak berkenaan sebaliknya kejadian yang terjadi itu adalah berada dalam luar jangkaan mana-mana pihak.

“Penganjur memang sudah sedia maklum dengan arahan dan SOP yang perlu dipatuhi, selain telah mendapat kebenaran pihak polis dan lesen hiburan untuk penganjuran program berkenaan. Penganjur juga telah mengambil tindakan awal, dengan memberhentikan konsert pada waktu kejadian itu berlaku.

“Saya sendiri telah melihat tentatif program iaitu pada pukul 1 tengah hari, 4 petang, 7 dan 8 malam, sebarang aktiviti hiburan dihentikan sementara waktu bagi menunaikan fardhu solat, tetapi perkara ini menjadi isu besar kerana tapak program terletak berhampiran Masjid Zahir dan Pejabat Agama Islam,” katanya.

Beliau berkata program yang diadakan pada 30 Sept dan 1 Okt itu, lebih kepada himpunan anak muda yang meminati seni selain membuka peluang kepada usahawan muda untuk menjana pendapatan dengan penjualan produk makanan dan minuman, pakaian serta barangan perhiasan. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) Poay Tiong mahu JPM dibubarkan? Poay Tiong tahu apa fasal keperluan bahagian agama Islam JPM.. tahu macam burung tiong bercakap-cakap..

(ii) Konsert hiburan di Kedah dihentikan sementara. Ya, perlu di'patuh syariat'kan.  

Sekian.

  Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails