Thursday, October 06, 2022

PM M'sia hadap Agong hari ini. PM Britain “Aku zionis tegar..

 

Perdana Menteri dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Istana Negara petang ini. -Foto BERNAMA

1. Perdana Menteri menghadap Agong hari ini

Wartawan BH

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 4 petang hari ini menjadi tumpuan seluruh negara.

Khabar angin bertiup kencang Ismail Sabri akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini memutuskan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Dalam tentatif rasmi, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023 tetapi desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat.

Teka-teki pembubaran itu akan terjawab petang ini. (BH)


2. “Aku zionis tegar, penyokong kuat Israel” – PM Britain 

Liz Truss dengan bongkak dan bangga mengakui dirinya seorang zionis dan penyokong tegar Israel. (FOTO: Telegraph.co.uk)

LONDON: Perdana Menteri Britain yang baru beberapa bulan dilantik, Liz Truss dengan bongkak dan secara terbuka mengakui bahawa dirinya seorang zionis tegar dan penyokong kuat Israel.

Muncul dalam sebuah video yang dikongsi berkali-kali di platform media sosial, Truss dirakam sedang berucap pada acara Rakan Konservatif Israel (CFI) semasa persidangan musim gugur partinya yang diadakan di Birmingham, lapor Anadolu Agency.

“Seperti yang anda tahu saya seorang Zionis yang tegar, dan saya adalah penyokong kuat Israel. Saya tahu bahawa hubungan United Kingdom-Israel boleh dikukuhkan lagi pada masa hadapan,” katanya.

Middle East Monitor pula melaporkan Truss dengan bangga menegaskan beliau sangat berbesar hati hadir buat kali pertama pada acara CFI sebagai perdana menteri Britain.

Sementara The Scotman dalam laporannya menyebut bahawa Truss dengan bangganya berkata bahawa hanya ada satu ibu negara di UK iaitu London dan Baitulmaqdis pula satu-satunya ibu kota Israel.

“Selama dua ribu tahun yang lalu, Baitulmaqdis sentiasa merupakan pusat kerohanian kami. Kita tidak boleh mengabaikan kebenaran bersejarah,” katanya.

Pemimpin parti politik Tory itu juga memuji keputusan Amerika Syarikat yang bercadang untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis sebagai suatu langkah ‘menggalakkan keamanan’.

Beliau turut menyentuh tentang konflik antara Israel dan Iran dengan berkata: “Percayalah, UK tidak akan sekali-kali membenarkan Iran menguasai teknologi senjata nuklear.

“Di dunia ini – di mana kita menghadapi ancaman daripada rejim autoritarian yang tidak percaya kepada kebebasan dan demokrasi, dua negara demokrasi bebas – UK dan Israel perlu berganding bahu dan kita akan menjadi lebih rapat dan kuat bersama-sama pada masa hadapan.”

Terdahulu, semasa kempennya untuk kepimpinan Parti Konservatif British, Middle East Eye melaporkan Truss memberitahu CFI bahawa, jika dipilih, beliau akan mempertimbangkan untuk memindahkan kedutaan British dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. 

Pada mesyuarat seterusnya di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,  Truss mengulangi janji semakan semula mengenai apa yang dijanjikan beliau itu kepada ‘kawan baiknya’ Yair Lapid, Perdana Menteri sementara Israel. – HARAKAHDAILY 5/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) PM Malaysia hadap Agong hari ini. Al-hamdulillah. 

(ii) PM Britain “Aku zionis tegar.." Na 'auzubillahimin zalik.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails