Thursday, October 06, 2022

Sabah, ini berita baik! Selia elektrik & PAS..

 


1. Kawal selia elektrik, Sabah lepasi halangan pertama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengalu-alukan kelulusan Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022 yang akan membuka jalan kepada Sabah untuk mendapatkan kembali kawalan kawal selia ke atas bekalan kuasa elektrik.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kedua-dua rang undang-undang itu dibentangkan berikutan mesyuarat yang dimulakan oleh beliau dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Putrajaya pada Ogos untuk menetapkan rancangan supaya Sabah mengawal selia elektrik sendiri dan bekalan gas serta mendapatkan semula kawalan syarikat utiliti kuasa, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Rancangan sedang dilaksanakan dan ini termasuk penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah supaya kawal selia bekalan elektrik boleh dipindahkan daripada kerajaan Persekutuan kepada Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di pihak Sabah, kerajaan negeri dijangka akan membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Bekalan Elektrik, Rang Undang-Undang Enakmen Tenaga Boleh Baharu dan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Tenaga di Dewan Undangan Negeri, November tahun ini.

Berikutan itu, Hajiji berkata kerajaan Sabah menjangka untuk mengambil semula SESB dengan liabiliti sifar sebaik Pelan Transformasi SESB disiapkan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dari sekarang.

Menurut beliau kerajaan Sabah sedang bekerja keras untuk memastikan peralihan yang lancar dan semuanya berjalan mengikut perancangan.

Parlimen meluluskan kedua-dua rang undang-undang itu dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali kedua pada Isnin.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Takiyuddin berkata ia sebagai persediaan untuk penyerahan semula kuasa autonomi dalam pembekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.

Takiyuddin berkata pindaan terhadap Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726) itu, selaras dengan komitmen kerajaan menyemak semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 berkaitan hak serta kuasa autonomi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak.

Pindaan terhadap kedua-dua akta itu termasuk memasukkan subseksyen baharu iaitu memberikan menteri kuasa menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan kedua-dua akta di bahagian yang berlainan di Malaysia. – BERNAMA


2. Teruja sering dibantu, penduduk daftar ahli PAS Oleh RAIDAH HANISA RUSLAN

PUTATAN: PAS Putatan memperluaskan lagi agenda kebajikan kepada penduduk pelbagai kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Sebanyak 50 keluarga di Kampung Meruntum menerima sumbangan keperluan harian pada program Semarak Hijau yang diadakan kelmarin.

Ketua Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan PAS Putatan Noorsheela Shamsudin berkata, rata-rata penduduk kampung yang ditemui menyambut baik kehadiran pimpinan PAS.

Katanya, sebahagian mereka antara yang pernah menerima sumbangan disampaikan PAS Putatan sebelum ini.

“Ada antara mereka yang secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada PAS yang diyakini mampu membela kebajikan dan kebajikan rakyat,” katanya di sini.

Pada program itu turut diadakan program Ziarah Al-Malak, Ziarah Khairat, Ziarah Kebajikan, semakan daftar pemilih dan daftar pengundi.

Selain itu edaran sumbangan beras kepada penduduk miskin, OKU, terlantar sakit, warga emas, armalah dan anak yatim.

Noorsheela juga berkata, ada penduduk tempatan mengambil kesempatan mendaftar sebagai ahli PAS sempena program terbabit. – HARAKAHDAILY 4/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sabah, ini berita baik dan gembira! 

(i) Banyak rancangan sedang dilaksanakan, termasuk penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah supaya kawal selia bekalan elektrik boleh dipindahkan dari kerajaan Persekutuan kepada Sabah.

(ii) PAS Putatan memperluaskan lagi agenda kebajikan kepada penduduk pelbagai kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Tahniah dan al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails