Tuesday, October 04, 2022

Akan terbongkar kes Dr Zeti Akhtar Aziz pula?

 


1. Zeti tahu AS$100 juta masuk akaun Najib 
Kenderaan dinaiki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengetahui akaun Datuk Seri Najib Razak akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi pada 2011.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif Ambank, Cheah Tek Kuang, berkata dalam pertemuan empat mata dengan Zeti, beliau (Zeti) mengambil maklum mengenai perkara itu dan memintanya supaya ia perlu dilakukan mengikut peraturan bank dan BNM sedia ada.

Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata, tujuan pertemuan dengan Zeti adalah untuk memaklumkan terdapat pembukaan akaun Najib di Ambank dan penerimaan wang terbabit daripada Arab Saudi.

"Dalam pertemuan itu, hanya kami berdua sahaja yang berbincang kerana perkara ini adalah rahsia dan membabitkan kepentingan Perdana Menteri.

"Adalah penting untuk saya memaklumkan hal ini kepada Tan Sri Zeti kerana ianya membabitkan terma "political exposed person". Bermaksud ianya membabitkan kepentingan negara.

"Selepas pertemuan dengan Tan Sri Zeti, saya menyerahkan kesemua urusan pengoperasian kepada Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu dan Bahagian Operasi yang diketuai oleh Ross Foden," katanya.

Tek Kuang berkata, Ross Foden dan pasukannya bercadang untuk mengawal selia akaun dengan menyediakan kod nama khas dan mencadangkan diberi satu kod nama kerana akaun itu sensitif dan bagi mengelakkan terjadi kebocoran maklumat seperti Public Bank dalam kes NFC.

Menurut saksi, beliau bersetuju dengan kod nama iaitu "AmPrivate Banking- MR" bagi mengelakkan maklumat peribadi disalahgunakan, bagaimanapun tidak tahu sama ada Najib dimaklumkan mengenai kod nama itu.

Katanya, oleh kerana ia membabitkan dasar dalaman dan pengoperasian bank, maka ia memang di bawah tanggungjawab operasi untuk memilih kod nama itu.

Tek Kuang yang membacakan pernyataan saksinya berkata, beliau kemudian menandatangani satu surat yang dihantar kepada Zeti bagi memaklumkan kod nama yang digunakan bagi akaun Ambank Islmic milik Najib dengan nombor akaun 211-202-200969-4 pada 9 Februari 2011.

Katanya, dalam surat itu, bekiau memasukkan nama kod "AmPrivate Banking- MR" bertujuan menggantikan nama akaun Najib seperti dicadangkan oleh pasukan operasi Ambank.

"Ia bertujuan memudahkan BNM membuat pemantauan dan penyeliaan melalui Sistem Ringgit Operations Monitoring System (ROMS).

"Jadi dengan ini saya mengesahkan bahawa saya selaku Pengarah Urusan pada masa itu mengambil langkah yang betul dalam memaklumkan kepada BNM dan menafikan bahawa Ambank mempunyai niat untuk menyorokkan sebarang maklumat daripada Bank Negara," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimAkan terbongkar kes Dr Zeti Akhtar Aziz pula? Ya, rakyat ingin tahu penyelewengan pemimpin-pemimpin mereka..

Ini baru hukuman di dunia, belum lagi di mahkamah Yaumul Makhsyar..


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails