Tuesday, October 04, 2022

Gadis bunuh kekasih yang paksa seks? Gangguan seksual..

 

Sim Hui Ying, 19, hadapi tuduhan bunuh lelaki disyaki kekasihnya didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

1. Gadis hadapi tuduhan bunuh kekasih yang paksa lakukan seks 

JOHOR BAHRU: Seorang gadis yang berusaha mempertahankan kehormatan diri ketika dipaksa melakukan hubungan seks oleh kekasihnya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh lelaki terbabit dalam sebuah bilik hotel minggu lalu.

Tertuduh, Sim Hui Ying, 19, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret R Salini.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin di sini, jam 8 malam, 20 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh belum diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan semula bagi laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan tertuduh ditahan polis pada hari kejadian.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melakukan perbuatan itu ketika menolak permintaan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Remaja itu dikatakan memaklumkan keluarganya berhubung kejadian berkenaan sebelum keluarga membuat laporan polis. (BH)


2. Pensyarah lakukan gangguan seksual dipecat 

SHAH ALAM: Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap siswazah yang tular tahun lalu, ditamatkan perkhidmatan.

UiTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas prosedur soal siasat dan siasatan dalaman Jawatakuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi selesai.

"UiTM mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual seorang pensyarah pada seorang bekas siswazah.

"Universiti sudah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam akta itu dan Peraturan UiTM," katanya.  

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan teliti dijalankan Unit Integriti UiTM bermula tahun 2021 terhadap bukti yang dikumpulkan, sebelum kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman ditentukan.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal akta terbabit.

Katanya, jika warga universiti ingkar perintah atau berkelakuan yang boleh ditafsirkan ingkar perintah, universiti tidak akan mengambil tindakan keras, sekiranya disabit kesalahan.

Komen Weblog Ibnu HasyimGadis bunuh kekasih yang paksa seks kepadanya.. Bagaimana solusinya?

Oh remaja! Kembalilah kepada cara hidup beragama. Semua agama di dunia mengarah kepada kebaikan menurut tatacara agama masing-masing. Diri, keluarga, masyarakat, bahkan negara pun!

Sedikit mengenai Perlembagaan.

Apabila dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat secara jelas pada Perkara 3 (1) iaitu agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. 

Peruntukan yang termaktub dalam dokumen undang-undang ini adalah merupakan kesepakatan yang berjaya diperolehi hasil tolak ansur antara orang Melayu dengan mereka warga imigran Cina dan India menjelang proses kemerdekaan tanah air. 

Perkara 3 (1) juga telah mengangkat kedudukan agama-agama lain terjamin tanpa diskriminasi dan penganut kepada agama-agama selain Islam tidak perlu rasa bimbang untuk terus mengamalkan ajaran dan anutan pilihan masing-masing. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, perkara ini adalah sangat signifikan. 

Suasana yang aman sangat diperlukan bagi negara seperti Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang etnik dan berbilang agama.

Sekian.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails