Monday, October 03, 2022

Bangga atau terpaksa berpenampilan begini?

 

HALAMAN HIBURAN

1. ‘Pihak Pengurusan Akan Keluarkan Kenyataan, Tugas Dolla Hanya Buat Persembahan’ – Sabronzo


Baru-baru ini, kumpulan Dolla dikecam selepas tampil dengan imej seksi ketika melakukan persembahan di Good Vibes Weekender

Ketika ditemui, salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo memohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut.

Kata Sabronzo, 27, dia menghormati keputusan pihak pengurusan iaitu Universal Music yang mahu mengeluarkan kenyataan rasmi, tidak lama lagi.

Bagi pihak Universal Music, mereka tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab mereka yang akan lakukan.

Saya pun kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan saya untuk beri kenyataan.

Sabronzo berkata demikian ketika pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di Shangri-La Hotel Boutique, Kuala Lumpur, pada Rabu.


Kami hanya artis

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Sabrina Wan Rusli berkata tugas Dolla hanya menjayakan persembahan, perihal lain diserahkan kepada pengurusan.

Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan. Sebagai artis, kami hanya ikut saja.

Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi. Itu sahaja.

Pada minggu lalu, anggota Dolla yang terdiri daripada Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya dilihat menggayakan empat gaya berbeza yang seksi.

Ada segelintir netizen yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang mengenakan jaket hitam labuh.

Sebelum ini, Sabronzo pernah dikritik kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.

Sumber: Instagram @dolla.official



2. Pakai Dress Pendek Di London, Netizen Tanya Leona Tak Sejuk Ke? 


Seperti yang diketahui ramai, anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona menyambung pengajian di United Kingdom (UK) selama tiga tahun. Terbaharu, Leona ada memuat naik beberapa keping foto ketika bersiar-siar di sekitar kota London di Instagram (IG) miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Leona mengenakan turtle neck dress rona putih bersama cardigan.

Biarpun memakai dua lapisan pakaian tetapi bahagian pehanya terdedah memandangkan dress itu sangat singkat.  


Tak sejuk ka? 

Semestinya, penampilan tersebut mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada warganet. Ada pengikut yang ‘hairan’ melihat imej itu kerana UK terkenal dengan cuaca sejuk.

Selain itu, wargamaya turut mengingatkan gadis berumur 20 tahun untuk menjaga diri ketika berada di negara orang.

Sebelum ini, Azhar sempat menitipkan pesanan agar anak perempuannya itu tampil dengan imej baharu sebaik sahaja kembali ke Malaysia.

Sumber: Instagram @kasihirisleona


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berpenampilan begini, kerana terpaksa atau kerana bangga sombong angkoh? 

Oh remaja! Kembalilah kepada cara hidup beragama. Semua agama di dunia mengarah kepada kebaikan menurut tatacara agama masing-masing. Diri, keluarga, masyarakat, bahkan negara pun! 

Di mana-mana saja, kembalilah kepada hidup beragama. Bahagia dunia akhirat!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails