Tuesday, October 04, 2022

Zahid jadi calon PM?' Atau ini publisiti murah?

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

'Bila masa pula Zahid jadi calon PM?'

KUALA LUMPUR: UMNO tidak pernah mengeluarkan kenyataan menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kenyataan tular berhubung perkara itu adalah palsu.

"Mudah untuk mengetahui benar atau tidak jika ada kenyataan daripada saya, periksa semua saluran media sosial saya iaitu Twitter, Facebook, Instagram, Tiktok.

"Jika tiada, maka ia palsu, fake. Dalam dunia ini memang ada sekumpulan manusia jahat dan bodoh yang kerjanya hanya membuat fitnah," katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Ahmad turut memuat naik kenyataan tular itu yang mendakwa susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 tuduhan rasuah, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan beliau sesuai diangkat sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan itu mendakwa, perkara berkenaan akan dibincangkan mesyuarat MKT pada 30 September ini.

Turut dinyatakan desakan Parlimen dibubarkan segera supaya mandat dikembalikan kepada rakyat dan mengangkat kembali BN sebagai kerajaan manakala Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri ke-10.

Minggu lalu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai 'poster boy' calon Perdana Menteri BN pada PRU-15.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, Ismail Sabri akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika parti itu memenangi PRU-15.

April lalu, Ahmad Maslan dalam kenyataan memaklumkan, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri, bagi menghadapi PRU-15.

BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Zahid jadi calon PM?' Atau, ini sebahagian dari rangkaian publisiti murah beliau?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails