Thursday, October 06, 2022

- Tuan Ibrahim: Surat kepada Agong....

 

(Gambar fail) Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - FOTO BERNAMA

Surat kepada Agong: PN belum dapat maklum balas Istana Negara - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) belum mendapat sebarang maklum balas daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung isu pembubaran Parlimen, setakat ini.

"Belum, tidak ada," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara ringkas ketika ditanya maklum balas pihak Istana Negara terhadap surat yang dihantar oleh anggota Kabinet daripada PN kepada Al-Sultan Abdullah.

Terdahulu, media melaporkan Tuan Ibrahim mengesahkan kesemua 12 menteri daripada PAS dan BERSATU mewakili PN telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air dipetik berkata, surat itu diterima Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Difahamkan, anggota Kabinet daripada PN tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini kerana musim tengkujuh diramalkan berisiko mencetus bencana banjir besar pada hujung tahun ini, selain faktor pemulihan ekonomi yang memerlukan tumpuan penuh kerajaan.

Petang tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mesyuarat pra-Kabinet.

Sebelum itu, timbul spekulasi bahawa Perdana Menteri berkemungkinan akan turut memohon perkenan Al-Sultan Abdullah untuk membubarkan Parlimen ketika majlis menghadap terbabit, selain berbincang mengenai Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, petang esok.

Ia berikutan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu yang membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan, tahun ini. (BH)

BERITA BERKAITAN


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails