Monday, October 03, 2022

Siasat kemungkinan salah laku Tommy -PM

 


Siasatan lanjut lihat kemungkinan salah laku Tommy

PASUKAN Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’, tulisan YBhg. Tan Sri Tommy Thomas, bekas Peguam Negara telah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

Laporan tersebut telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan (9) bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut oleh YBhg. Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya itu.

Berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan ini telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat (4) isu utama iaitu:

(i) Dakwaan ke atas Badan Kehakiman;
(ii) Pendedahan maklumat dan rahsia Kerajaan;
(iii) Tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional; dan
(iv) Kenyataan berbaur hasutan.

Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan Kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh YBhg. Tan Sri Tommy Thomas.

Siasatan akan dijalankan antaranya di bawah;

(i) Seksyen 124I dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan;
(ii) Seksyen 4 Akta Hasutan 1948;
(iii) Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan
(iv) Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
Perdana Menteri Malaysia – HARAKAHDAILY 30/9/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Mentang mentang nak PRU baru nak siasat Tommy Tomas kuda bapuk Tun Mahathir ni..


Pada Smail Bera siasat segera jangan nak geli geli kasi gelembung walaun Tun terkinja kinja...!!

Anonymous said...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan meneliti terlebih dahulu perkembangan semasa bagi menimbang untuk menolak Bajet 2023 sekiranya UMNO berterusan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen selepas pembentangan pada 7 Oktober nanti.

Bang Non ugut tolak bajet ok jugak.. maka lagi cepat Smail Bera ceatkan PRU 15

Anonymous said...

Tommy tommy lantikan atok kerala bila terima desakan yg padu dari eng guan.
Atas ganjaran kerusi pm yg jadi rebutan antara atok kerala dan abam.
Powernya eng guan sampai boleh tentukan siapa yg patut duduk kerusi pm.
Tapi abam cetek bab strategi eng guan dan thinktank nya.
Abam belasahnya ikut topik pilih sendiri.
Tiada agenda perkasa Islam dan bumiputera.
Mirip zionist.
Zionist singkir palestin cara drastik dan kejam.
Abam cara halus dan halimunan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails