Sunday, October 02, 2022

PH-DAP ganggu Melayu, Islam.. & benteng akidah.

 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ts Ir Khairil Nizam Khiruddin

1. Bongkar PH-DAP ganggu kedaulatan Melayu, Islam Oleh SYAHIRAH SALLEH

BESUT: Pemuda PAS disaran mendedah dan mengingatkan rakyat mengenai kegagalan serta kejahatan Pakatan Harapan (PH) dan DAP sebagai senjata menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, berkata pendedahan dan maklumat mengenai kegagalan PH semasa mentadbir negara mudah untuk diperolehi melalui platform internet.

“Serang DAP dengan PH bukan roket sains, tekan sahaja di internet ‘apa kejahatan DAP’, keluar semua benda. Mustahil tidak reti main (menggunakan) internet anak-anak muda?

“Yang penting serangan yang dituju bersusun dan arahan diberi secara naratif oleh ketua penerangan di peringkat dewan-dewan,” katanya semasa berucap pada Ijtimak Tarbawi 8.0, di sini, petang semalam.

Menurut Khairil Nizam, rakyat perlu diingatkan mengenai sikap PH dan DAP yang menggangu kedaulatan Melayu dan Islam.

Katanya, rakyat juga perlu diingatkan mengenai cubaan segelintir pihak dalam PH yang menggugat institusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi tulang belakang negara.

“Saya menyeru seluruh Pemuda PAS, anak-anak muda khususnya sama ada muslimin atau muslimat, pastikan serangan bertali arus dan ingatkan kepada rakyat kejahatan PH yang memerintah selama 22 bulan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/10/2022


2. Institusi pondok jadi benteng pertahan akidah umat Islam  

BACHOK: Usaha pihak tertentu mahu meruntuhkan akidah umat Islam tidak akan berjaya sekiranya institusi pendidikan pondok terus dipertahankan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata, pelbagai usaha dilakukan pihak tertentu bagi mencemarkan institusi pondok termasuk menggelar sebagai tempat ekstremis.

Katanya tuduhan tersebut jelas tidak berasas yang sengaja dilemparkan bagi menjejas pusat pengajian pondok di mata masyarakat.

“Tuduhan pondok sebagai tempat melahirkan ekstremis dan pelampau itu tidak betul. Sedangkan semua orang tahu pondok menjadi benteng mempertahankan akidah orang Islam,” katanya ketika merasmikan penutup Ijtimak Persatuan Pondok Se-Malaysia di Pusat Pengajian Pondok Kandis dekat sini malam tadi.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan, Tuan Saripudin Tuan Ismail, Penasihat Persatuan Pondok Kelantan Syeikh Wazir Che Awang, bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Othman Baqi dan guru-guru pondok dari seluruh negara.

Idris juga berkata, peranan institusi pondok tidak dapat dinafikan lagi bagi menyebar luas kefahaman masyarakat tentang agama.

“Sekarang hendak cari calon imam masjid di kampung-kampung agak sukar kerana kekurangan calon yang berkelayakan dalam bidang agama.

“Alhamdulillah di Kelantan dan Kedah masih terdapat banyak institusi pendidikan pondok yang menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam,” ujarnya.

Dr Mohamed Fadzli pula berkata, kerajaan Kelantan sentiasa membantu pusat pengajian pondok bagi memastikan ia terus berkembang.

Menurutnya kerajaan negeri membantu guru-guru pondok untuk membolehkan mereka terus berkhidmat bagi mendidik anggota masyarakat dengan ilmu agama.

Syeikh Wazir pula mengingatkan Yahudi dan Nasrani tidak pernah berdiam diri bagi menjarakkan umat Islam dengan Rasulullah saw bagi melemahkan mereka terhadap amalan agama. – HARAKAHDAILY 2/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH-DAP ganggu Melayu, Islam.. & benteng akidah.

Rakyat perlu diingatkan mengenai sikap PH dan DAP yang menggangu kedaulatan Melayu dan Islam.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

Dap kata kerusi tambun disandang oleh pengkhianat.
Tapi org melayu sedar yg parti liberal dan parti kuali adalah pengkhianat terbesar kpd org melayu.
Dua parti ini adalah jurucakap bagi dapig.
Dua parti ini digunakan oleh dapig untuk pecah perpaduan org melayu.
Abam berhukumkan ideologi liberal.
Tidak bersandarkan sumber quran dan hadis.
Kerana itu selesa bersekongkol dan jadi khadam dapig.

Anonymous said...

Jahat2 dap pon tkde la ajak org islam makan daging babi bercampur dgn seketul daging babi mcm hadi ckp dlu

Anonymous said...

Makan daging bersih yg di campur dgn seketul dzging babi daaaa

Anonymous said...

Xkan tghh cakap macam tu. X percaya langsung.
Tapi abam terus terang sokong dapig yg jelas babi sebagai favourite.
Dah tu, najis babi buang kat tempat ramai muslim.
Waras ker tidak?

Anonymous said...

Jahat jahat dapig campak kepala babi kat masjid.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails