Tuesday, October 04, 2022

Padi kalis banjir -Saintis Thai.. & Roti canai terbaik dunia.

 

Baka benih padi ini juga mampu tumbuh dalam apa jenis iklim dan kali ancaman serangga perosak. – Bangkok Post

1. Saintis Thailand hasilkan padi kalis banjir

BANGKOK – Sekumpulan penyelidik di Thailand telah membangunkan baka padi kalis banjir bagi mengatasi situasi hujan lebat yang melanda negara itu pada ketika ini, lapor laman Thaiger kelmarin.

Baka padi dinamakan  Hom Le Noi itu boleh tumbuh dalam semua jenis iklim, demikian menurut ketua pasukan yang membangunkannya.

Pasukan saintis ini itu adalah daripada  Pusat Kebangsaan Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi.

Ketua pasukan, Dr Theerayut Tuchinda berkata,  Hom Le Noi juga boleh dicipta untuk menjadi kebal terhadap  ancaman semula jadi. Ia termasuk kebal terhadap belalang coklat iaitu  spesies serangga invasif yang memakan pokok padi. Ia juga boleh dimodifikasi supaya tahan penyakit hawar bakterian daun.

Theerayut berkata, proses penyelidikan baka padi baharu itu telah lama dimulakan iaitu sejak tahun 2013.

Pasukan itu memilih benih padi terbaik yang dibiakkan di dalam makmal untuk ditanam oleh petani di seluruh Thailand.

Tambah Theerayut, Hom Le Noi mempunyai hasil tuaian yang stabil kira-kira 900 kilogram semusim bagi setiap tahun, bergantung kepada keadaan cuaca.

Pengeksport- pengeksport  beras sebelum ini menyatakan bahawa Thailand memerlukan beras baka baharu untuk bersaing dalam pasaran beras global. – Agensi

2. Roti canai makanan jalanan terbaik di dunia Oleh ZULHAIDI MANSOR

Hidangan roti canai biasanya hadir bersama minuman teh tarik.

KUALA LUMPUR: Juadah popular rakyat Malaysia, roti canai telah diumumkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia.

Pemilihan itu telah dibuat oleh laman web yang mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia dikenali sebagai TasteAtlas, yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria.

Menerusi hantaran Facebook, TasteAtlas  itu menampilkan senarai Top 50 makanan jalanan terbaik di seluruh dunia, dengan roti canai  mendapat skor tertinggi iaitu  4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna. 

Turut berada dalam carta Top 50 makanan jalanan terbaik di dunia ialah Lumphiang Shanghai dari Filipina pada kedudukan kedua dan Karaage (Jepun) di tempat ketiga. 

Roti canai biasanya dijual di restoran yang dikenali di Malaysia sebagai restoran mamak dan kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan makanan ini sebagai makanaan kegemaran pada waktu pagi atau waktu malam.

Namun, roti perata berbentuk bulat ini digoreng dengan tepung, air, telur dan lemak ini juga boleh dimakan pada tengah hari dan sebagai hidangan minum petang.

Doh untuk roti canai dilipat berulang kali, menjadi produk akhir dengan tekstur berlapis, bahagian dalam yang lembut, dan lapisan luar yang ranggup.

Bahan lemak yang paling biasa digunakan dalam roti canai ialah minyak sapi, yang merupakan mentega tradisional India.

Dipercayai hidangan ini berasal dari India apabila buruh negara itu berhijrah ke Malaysia dengan membawa resipi dan tradisi penyediaan pastri rangup ini ke negara luar.

Biasanya, ia dihidangkan dengan kuah dal, parpu atau kari dengan sambal ikan bilis, yang kebiasaannya dimakan bersama minuman teh tarik atau teh ais. –HARAKAHDAILY 29/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasym: Padi kalis banjir, hasil saintis Thailand.. & Roti canai terbaik dunia di Malaysia..

Hasil kreatif..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

PRU KALIS BANJIR TAK ADA KE?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails