Wednesday, October 05, 2022

Bawa seni silat ke China. Filem M'sia di Amerika Utara.

 

Yusof memperagakan aksi persilatan Melayu di perkarangan Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah. - NSTP/Mohd Amin Jalil

HALAMAN HIBURAN

1. Yusof Wahab bawa seni persilatan ke China

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah berpengalaman, Yusof Wahab, 61, terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan seni mempertahankan diri di Wilayah Shandong, China pada Jun tahun depan.

Namun, rakaman terpaksa dilakukan terlebih dahulu disebabkan penularan COVID-19 masih melanda China, ketika ini.

Rakaman seni persilatan dilakukan di pekarangan Istana Lama Seri Menanti, minggu lalu.

Menerusi rakaman video, Yusof segak berbusana Melayu tradisional memperkenalkan beberapa langkah gerak seni bela diri silat Melayu.

Pelakon era 1980-an yang dikenali menerusi filem Anak Sarawak itu berkata, ia adalah peluang terbaik untuknya menonjolkan persilatan Melayu ke persada antarabangsa.

Katanya, penyertaan itu diyakini mampu mengetengahkan seni warisan Melayu ke pentas dunia kerana membabitkan banyak negara dan pelbagai cabang seni termasuk wushu dan sebagainya.

"Saya diberikan tempoh selama 15 minit bagi rakaman seni persilatan dengan menampilkan empat gerak silat berbeza.

"Ini adalah kali pertama silat Kalung Jawa, diikuti Sayung Jawa dan Pelanduk Tunggal yang juga sejarah daripada pelanduk menendang empat anjing milik Parameswara ketika tiba di Melaka ditonjolkan.

"Langkah persilatan terakhir ialah tapak Cemanding bagi memenuhi tempoh masa ditetapkan," katanya ketika ditemui sebaik tamat rakaman persilatan.

Sementara itu, Pengerusi NQ Cultural Commercial (NQCC) Sdn Bhd, Mazlan Goh Ahmad Goh yang juga penerbit video berkenaan berkata, rakaman itu menonjolkan Yusof dengan gerak seni bela diri silat Melayu yang menjadi satu daripada warisan kebudayaan negara ini.

"Kami memilih Yusof bukan sahaja berdasarkan pengalaman sebagai pengarah drama selama 22 tahun, malah berpengalaman dalam dunia persilatan lebih 50 tahun.

"Yusof mendalami lebih 10 jenis seni silat sejak berusia lapan tahun dan mempunyai pengalaman seni mempertahankan diri seperti karate, taekwando dan shaolin," katanya kepada BH Online.

BERITA BERKAITAN


2. Filem seram tempatan 'Don't Look at the Demon' berjaya masuk pasaran Amerika Utara - Zahidi September 30, 2022 @ 8:04am 

KUALA LUMPUR: Filem seram 'Don't Look at the Demon', filem Malaysia pertama memasuki pasaran Amerika Utara dilihat sebagai pembuka jalan untuk kejayaan dalam produksi tempatan masa depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Menaraf filem itu sembilan daripada 10, katanya, filem berkenaan yang diterajui oleh pengarah dan penerbit filem tempatan, Brando Lee, memberi peluang kepada penonton antarabangsa untuk mempelajari dan memahami budaya, tradisi dan tarikan pelancong di Malaysia.

"Sekarang kami telah memasuki pasaran Amerika Utara, kami boleh berusaha untuk mencapai tahap baharu dengan menyasarkan memburu anugerah seperti Oscar, Emmy, dan banyak lagi dalam masa terdekat," katanya selepas tayangan perdana filem itu di Pawagam DADI, Pavilion Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Selain Lee, tayangan perdana itu turut dihadiri pelakon, Malin Crépin, kelahiran Sweden. yang membawakan watak 'Martha' dan pelakon tempatan Hafidzuddin Fazil memegang watak sebagai pelayan bar.

`Don't Look at the Demon', dengan bajet pembikinan hampir RM9 juta akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Oktober ini dan sehari kemudian di lebih 250 pawagam di Amerika Utara.

Berdasarkan kisah sebenar, filem itu mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal Amerika Syarikat yang telah mengembara ke Bukit Fraser di Pahang untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada tahun 1970-an.– BERNAMA

 BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bawa seni silat ke China dan filem tempatan di Amerika Utara.

Al-hamdulillah, akan berkembang budaya Melayu Islam ke luar negara.

 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

USA si Biden pulak goreng mamak Kerala. Siklon celah mana pula yang nak bertiup November hingga April... maaakk aaii lamo bona siklon bertiup nyer tuuuhh..

Peerghhh Kedutaan Amerika Mat Biden si halusinasasi pun dah pandai goreng mamak ... bila MET goreng mamak rakyat Malaysia skeptikal.. Mat Biden dari USA pulak nak goreng mamak... Peergghh dasattt pengaruh atok kita nih ..!!

Mungkin kedudukan strategik Malaysia dan Selat Melaka maka negara ini jadi rebutan Negara China dan USA Si Biden tuhh..!? Si Biden USA mme ada senjata ubah suhu dan cuaca donia skh teknologi HAARP yang bole cipta gempa bomi, hujan dan kemarau..!!

Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Selasa lalu, rakyat negara itu diingatkan untuk bersiap sedia berdepan Musim Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1007368/kedutaan-keluar-amaran-cuaca-buruk-di-malaysia

Menurut amaran itu, Malaysia berisiko dilanda hujan ribut berpanjangan dan bencana banjir sepanjang Musim Siklon Tropika yang boleh menyebabkan bekalan utiliti terputus selama beberapa hari.

Adakah ini konspirasi atau teori konspirasi bila USA Mat Biden pun dah mula goreng mamak..!? Atau apakah USA berusaha untuk kekalkan Tun sebagai barua Lee Kwan Yew PRU 15 nanti yang dari dulu Singapura wakil Yahudi Israel Asia Tenggara..!?

MET dan Biden elok saja berterus terang saja lagi katakan siklon akan bertiup kencang dari November hingga PRU 15. Kannnn senang..

MET dan Mat Biden dari USA pun nak geli geli goreng mamak jugakkk.. Alahai..

Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan boleh menyebabkan hujan lebat, ribut dan banjir.

Di Malaysia, siklon tropika kebiasaannya disusuli bersama ribut hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan di negara ini termasuk Lembah Klang.

Sebelum ini menurut Met Malaysia ( Jabatan Meteorologi Malaysia) meramalkan negara akan dilanda hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang berisiko menyebabkan bencana banjir besar.

Bukan MET ajer dah pandai goreng mamak.. Si Biden dari USA pun dah pandai goreng mamak..

Senang cakap macam ni ajer lah yerr.... MET dan USA berterus terang saja lagi katakan siklon akan bertiup kencang dari November hingga PRU 15. Kannnn senang.. kikikiki

Alahaiiiii...!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails