Thursday, July 29, 2021

Rupnya, jenis bercakap tapi fikir kemudian.. lupa yang dicakap..

 

Hartal Doktor Kontrak: PH lagak tunjuk ‘hero’

KUALA LUMPUR: ‘Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’, demikian perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi blok pembangkang apabila membangkitkan isu kebajikan doktor kontrak di Sidang Parlimen baru-baru ini , kata Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, persidangan Parlimen yang telah berlangsung beberapa hari bermula Isnin lalu jelas menunjukkan gelagat sebenar ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Ini apabila ahli Parlimen pembangkang sengaja menghangatkan isu Hartal Doktor Kontrak yang melibatkan puluhan pegawai perubatan kontrak di hospital di beberapa buah negeri terbabit dalam sebuah protes dengan bertindak berkumpul secara beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja pada Isnin lalu.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) tiada legitimasi untuk menjadi ‘hero’ dengan mencanang kononnya memperjuangkan isu doktor kontrak, sedangkan mereka yang memasyhurkan dasar pengurangan penjawat awam ketika memerintah pada 2018.

“Sejak semalam lagi isu tersebut menjadi viral di media sosial yang memperlihatkan kononnya mereka nak membela nasib golongan tersebut.

“Tetapi rupa-rupanya pada zaman merekalah yang paling teruk sekali sehinggakan memberhentikan ramai pekerja sektor awam berstatus kontrak, selain menarik balik elaun kritikal pegawai perubatan.

“Semalam telah menyerlahkan rupa mereka yang sebenarnya, rupanya puak-puak ini jenis yang bercakap tapi fikir kemudian, mereka lupa apa yang dicakapkan, ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Katanya, persidangan tersebut tidak menggambarkan kelancaran sebuah mesyuarat yang harmoni apabila berlaku pertikaman lidah antara ahli Parlimen Pembangkan dan Yang Di-Pertua Dewan.

Ini berikutan sikap biadap yang ditunjukkan blok pembangkang sehingga meninggikan suara kepada Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Azhar Azizan Harun.

“Mereka bukannya ada idea-idea untuk nak diberikan sebagai satu penyelesaian kepada rakyat, sebaliknya ia adalah untuk agenda peribadi mereka.

“Mereka hanya memikirkan untuk menukar kerajaan dan mereka ingat dengan tukar kerajaan boleh menyelesaikan masalah.

“Kalau boleh mereka tolong cerminkan diri mereka dahulu, selama 22 bulan mereka memerintah dulu, apa yang mereka buat kepada rakyat.

“Hari ini mereka nak tunjuk hero bercakap tentang pengurusan Covid-19, nak kepakaran tetapi selama 22 bulan tu telah terbukti mereka gagal, begitu juga negeri yang mereka kuasai juga merupakan negeri yang berlaku banyak peningkatan kes Covid-19.

“Kita pun tak nampak cadangan-cadangan mereka berikan yang bersifat konstruktif untuk menangani masalah Covid-19 ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/7/2021

1 comment:

Anonymous said...

Pertahankan kerajaan sekarang. Walaupun diasak, jika ph perintah lagi banyak penyakit timbul. Terutamanya penyakit sosial dan aqidah. Tiada tokoh pm dlm ph. Semuanya banyak sembang kari. Dlm umno yg sokong pm berundur adalah mereka yg bermasalah dgn mahkamah. Terima teguran agong utk penambahbaikan. Masalah covid perlu diselesaikan. Ph dlm parlimen pun ramai yg tak berdisiplin. Bercakap tak berhenti henti, dan potong ucapan serta rendah akhlaq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails