Saturday, July 31, 2021

Agong isytihar darurat gantung PRN Sarawak hingga Februari 2022

 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat untuk menggantung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bermula Isnin ini sehingga 2 Februari 2022.

Titah baginda, Proklamasi Darurat diisytiharkan bagi mengelak wabak COVID-19 terus merebak.

Bagi Fasal 1 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam keadaan itu baginda boleh mengeluarkan satu Proklamasi Darurat untuk menggantung PRN ke Dewan Undangan Negeri.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu, namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kekal sehingga DUN dibubarkan mengikut Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails