Friday, July 30, 2021

‘PAS Bersedia Memimpin Kerajaan’?? Nafi 3 Perkara ini..

 


1. PAS nafi, kononnya, ‘PAS Bersedia Memimpin Kerajaan’.

KUALA LUMPUR: Pejabat Presiden PAS menafikan kenyataan yang tular kononnya kenyataan Presiden PAS bertajuk ‘PAS Bersedia Memimpin Kerajaan’.

Dalam satu kenyataan ringkas, Pejabat Presiden PAS memaklumkan kenyataan yang sedang tular itu adalah palsu dan tidak berasas.

“Adalah dimaklumkan kenyataan yang sedang tular ini adalah palsu dan tidak berasas.

“Kenyataan rasmi PAS telah dikeluarkan oleh YB Dato’ Sri Timbalan Presiden PAS,” ujar kenyataan itu, petang ini. – HARAKAHDAILY 29/7/2021

2. Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri

MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada 26 Julai 2021.

Kerajaan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sepertimana yang dizahirkan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun 2021 yang antara lain menekankan bahawa darurat tidak perlu disambung selepas 1 Ogos 2021 dan perlunya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Berdasarkan titah pandangan ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai 2021. Sebagai persediaan Mesyuarat Khas Parlimen ini, Jemaah Menteri pada 21 Julai 2021 telah mengadakan perbincangan yang teliti dan mengambil ketetapan-ketetapan seperti berikut:

Pertama, Mesyuarat Khas Parlimen diadakan setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;

Kedua, Jemaah Menteri tidak akan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuat Proklamasi Darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021; dan

Ketiga, oleh kerana darurat tidak akan disambung, Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Susulan ketetapan-ketetapan ini, Pejabat Perdana Menteri pada 22 Julai 2021 telah menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Ordinan ini memperuntukkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai 2021.

Pada 23 Julai 2021, Perdana Menteri telah mengutuskan warkah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya ordinan-ordinan darurat berkenaan dibatalkan dan memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya.

Pejabat ini mengambil maklum sebagaimana yang dizahirkan di dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan

3. Kenyataan media Ketua Whip Kerajaan

SAYA menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di­-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh lstana Negara pada hari ini.

Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.

Justeru, saya berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.

YAB DATO’ SRJ ISMAIL SABRI YAAKOB
KETUA WHIP KERAJAAN
29 Julai 2021 – HARAKAHDAILY 29/7/2021

3 comments:

Anonymous said...

Dasyat sungguh puak ph. Sanggup karang surat palsu siap guna logo parti. Itulah dasar puak ph, nak berkuasa guna cara jijik, fitnah sana sini. Jika ph perintah lagi teruk derhakanya. Boleh predict perangai sumbang ph, dlm dewan pun terjerit jerit macam ungka di hutan. Dewan parlimen dah jadi macam dlm hutan bila ada mp ph terutama dari kalangan mini zionist. Dah tua tua memang susah nak tukar tabiat jadi baik.

Anonymous said...

Fakta sejarah:

Sultan Muzaffar Shah (1343-1373M), iaitu Sultan yang bertanggungjawab meletakkan Islam sebagai agama rasmi Melaka, sekali gus membuka ruang kebangkitan Islam, manakala Sultan Mansur Shah (1373-1446M) pula telah memperkenalkan Hukum Kanun Melaka sebagai undang-undang bertulis berasaskan Islam.

Hipotesis:

Jika puak kafir harbi dan khadam liberal mereka wujud di zaman kerajaan Melayu Melaka, mereka akan dihukum bunuh dan bangkai mereka disula dan dipamerkan di tepi jalan raya dan harta benda mereka dirampas kerana mereka berani menghina Islam, umat Islam dan raja Melayu Melaka dan bersuhahat dengan musuh Melaka seperti portugis dll menghasut rakyat menentang kerajaan.

Anonymous said...

Nampaknya penyakit gila kuasa puak Pee H pimpinan abang besar roket semakin tenat apabila mereka sangat terdesak menggunakan politik persepsi @ fitnah termasuklah surat palsu untuk menfitnah pihak lawan dan meroyan histeria seperti kera kena belacan seolah-olah mereka sakit mental kronik di parlimen.

Cukuplah 22 bulan. Jika 22 tahun lu pikirlah sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails