Thursday, July 29, 2021

Angkuh, samseng, biadab &penipu .. Ibnu Hasyim sokong label pembangkang itu

 

Fairuz Hafiizh Othman

Gambar Ibnu Hasyim semasa di Kementerian Pertahanan, negeri Xinjiang, di negara China beberapa tahun lalu.. (di belakang berkupiah Ust Abd Latif Abd Rahman, K'tan)

'Saya sokong label pembangkang itu' Kata Weblog Ibnu Hasyim.

KL: Weblog Ibnu Hasyim bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Perak 

, melalui HARAKAH pada 27/7/2021. Kenyataan yang melebelkan pembangkang sebagai 'Angkuh, samseng, biadab dan penipu'..

Antaranya, beliau menyebutkan, "Apa yang dijadikan modal perjuangan oleh pembangkang telah berlaku semalam. Persidangan Parlimen. Angkuh, samseng, biadab dan penipu adalah label yang boleh diberi kepada pembangkang semalam."

Menurut beliau, "Apa yang mereka mahukan ialah undian bagi menjatuhkan kerajaan yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk menyelamatkan kerajaan dari COVID-19. Ketika beberapa pemimpin pembangkang diberi ruang menyatakan pandangan berkaitan usul yang dibawa oleh DAP Bruas dan Ketua Pembangkang, penyokong kerajaan hanya mendengar dengan tertib. 

"Namun giliran pihak kerajaan langsung tidak diberi ruang. Gangguan di luar batasan akhlak dan kematangan sebagai pemimpin nyata terserlah. Ramai yang menyifatkan persidangan semalam ialah aksi dari zoo yang ditonjolkan pembangkang." Komen beliau.

Antara isu yang menjadi asas oleh pembangkang ialah berkaitan Darurat. Mereka sangat bimbang Darurat disambung. Dalam masa yang sama mereka juga sangat bimbang pilihan raya dilaksanakan. Mereka hanya mahu perubahan kerajaan secara menjatuhkan Perdana Menteri sebagaimana modus operandi di Perak menukar Menteri Besar. Jatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan akan berubah seperti dilakukan oleh Tun Mahathir.

Perancangan pembangkang ternyata gagal apabila Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa Darurat tidak akan disambung dan kerajaan telah membuat keputusan pada 21 Julai lalu. Kenyataan ini membuatkan pembangkang hilang halatuju. Ada suara yang menyahut ‘kita menang’ dan ada yang menyahut ‘kenapa tak bagi tahu awal’. Suara itu ternyata dari pengikut yang hanya mendapat taklimat tanpa dijelaskan operasi sebenar pembangkang.

Mengenai Anwar Ibrahim, Fairuz Hafiizh Othman  melihat Anwar juga nampaknya terkejut namun beliau mula mempersoalkan kerajaan adakah ia telah dipersembahkan kepada YDP Agong. Seakan hilang rentak, Anwar mula berpusing-pusing dengan autanya. Akhirnya selepas sidang, pembangkang nampaknya bersetuju menggunakan hujah Kor Meng kononnya semua saman selepas 21 Julai tidak lagi valid

"Saya rasa tak perlu diperjelaskan lagi kekeliruan yang ditimbulkan Kor Meng kerana ia timbul dari kekeliruan beliau sendiri. Umum mengetahui bahawa Darurat ini hanya sehingga 1 Ogos. Kerajaan membuat keputusan pada 21 Julai untuk tidak menasihatkan YDP Agong menyambung Darurat. Bererti Darurat akan berakhir 31 Julai ini. " Jelas Fairuz Hafiizh lagi.

Perkara yang tertangguh kerana Darurat seperti PRN Sarawak dan beberapa PRK perlu dilaksanakan. Tiada kaitan dengan saman pun kerana saman telah dilaksanakan sebelum Darurat lagi. Jadi, apa yang jelas, rakyat seluruh negara dapat melihat watak sebenar pembangkang. Mereka hanya mahu pengundian membuktikan Perdana Menteri hilang sokongan namun mereka juga sebenarnya berpecah dan masih tiada majoriti. 

Angka yang mahu dipersembahkan Anwar seringkali tercicir dalam perjalanan ke Istana Negara.  Pembangkang hanya mampu berusaha mempersepsikan kononnya kerajaan gagal namun mereka gagal. Mereka juga gagal membuktikan mereka adalah alternatif kepada rakyat kerana tiada apa yang mampu meyakinkan rakyat.

Weblog Ibnu Hasyim juga bersetuju dengan Fairuz Hafiizh mengenai Selangor. Selangor adalah negeri kaya PH yang paling gagal di samping Negeri Sembilan dalam mengurus COVID-19. Sebab itu Anwar seperti hilang kewarasan apabila Selangor disebut negeri paling gagal. Selangor adalah cerminan kegagalan pembangkang dalam mengurus COVID-19. Pada hal ketua jawatankuasa COVID-19 Selangor adalah Menteri Kesihatan PH. 

Betul pertanyaan Presiden PAS, "Adakah mereka yang sebegitu rupa masih boleh dipercayai, apabila secara tiba-tiba bertempik dengan berdemonstrasi dan mengangkat slogan gagah perkasa kononnya mampu menghadapi wabak yang melanda seluruh dunia hari ini. Sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan?"

"Memang tak malu betul muka mereka.. rakyat sepatutnya sedar." Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Weblog Ibnu Hasyim.

2 comments:

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan khadam munafiqun mereka mendesak parlimen dibuka semula konon untuk kebaikan rakyat dan negara. Apa berlaku apabila parlimen dibuka semula ?

Sebaik sahaja sessi parlimen dibuka, puak barbarian ini mungkin telah menjadi sekawan monyet liar sibuk membuat heboh, penghinaan, gangguan dan kekecohan untuk menghina speaker parlimen dan mengganggu ucapan, taklimat dan jawapan pihak kerajaan.

Bahkan mereka berani menghina Islam dalam parlimen dengan membuat kekecohan dan bising di waktu ahli parlimen dan menteri membaca Al-Fatihah dalam parlimen. Ini menunjukkan mereka juga telah menghina perlembagaan negara dan umat Islam.

Ini menunjukkan mereka ini mungkin terdiri dari puak komunis atau penyokong komunis dll yang memusuhi demokrasi walaupun mereka sendiri dipilih dalam sistem demokrasi. Bukankah selama ini mereka memuja Bintang Tiga dan PKM yang telah membunuh ramai rakyat negara ini ? Mereka sepatutnya kembali ke negara China Komunis skk yang menjadi pujaan mereka dan berak dalam tandas terbuka tanpa pintu dll.

Ini jelas menunjukkan mereka adalah kepala bapak hipokrit lidah biawak. Cakap tak serupa bikin.

Malanglah rakyat yang telah mengundi mereka kerana mereka telah kencing pengundi mereka sendiri dengan pelbagai janji palsu tanpa merasa malu atau segan.

Sesungguhnya mereka adalah poliTIKUS yang berpura-pura cuba membaiki labu. Labu musnah mereka pula yang kenyang.

Mereka sibuk menfitnah kerajaan PN sebagai kerajaan gagal sedangkan merekalah yang telah gagal mengawal wabak covid-18 di negeri mereka sendiri.

Wabak covid-19 juga merebak di negara kita kerana KERA jaan Pee H pimpinan abang besar roket membenarkan atau menggalakkan rakyat China Komunis masuk beramai-ramai ke negara kita di waktu wabak covid-19 sedang merebak di negara China Komunis.

Inikah pemimpin yang akan membela rakyat ? Cukuplah 22 bulan.

Anonymous said...

Pembetulan komen 12:28pm

Ini menunjukkan mereka ini mungkin terdiri dari puak komunis atau penyokong komunis dll yang memusuhi demokrasi walaupun mereka sendiri dipilih dalam sistem demokrasi. Bukankah selama ini mereka memuja Bintang Tiga dan PKM yang telah membunuh ramai rakyat negara ini ? Mereka sepatutnya kembali ke negara China Komunis dll yang menjadi pujaan mereka dan berak dalam tandas terbuka tanpa pintu dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails