Sunday, June 20, 2021

Parlimen sidang 3 bulan lagi, mengapa tidak 3 minggu atau 3 hari?

 

Pandangan futuristik PAS merealiti kedatangan masa

YB DATO’ Takiyuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari parti PAS menyatakan Parlimen akan bersidang bulan September. Maknanya lagi 3 bulan. Kenyataan itu keluar setelah YDPA menitahkan agar diadakan ‘secepat mungkin’ tanpa menetapkan tarikh tertentu.

Ada orang marah-marahkan PN dan PAS kerana bagi mereka 3 bulan itu tidak cukup segera. Saya bukanlah hendak ‘back up’ sesiapa. Sejujurnya, saya sendiri tertanya kenapa perlu tunggu 3 bulan? Kenapa tidak lagi 3 minggu atau 3 hari?

Ataupun, buat sahaja sebagaimana satu ucapan popular oleh seorang bakal PM, ‘Hari ini kita menang, esok saya isytihar harga minyak turun!’ Alangkah bagusnya jika ‘hari ini YDPA umum, esok Parlimen buka!’

Apapun, ini bukanlah kali pertama orang marah dengan tindak-tanduk PAS. Sememangnya tindak-tanduk politik PAS sangat ‘unconventional’. Lain daripada yang lain. Saya masih ingat semasa PAS bergaduh dengan DAP sehingga menghancurkan Pakatan Rakyat (PR) suatu masa dahulu sekitar tahun 2013-2015 dahulu.

Waktu itu, ramai kawan-kawan saya cukup marah dengan PAS. Teruk PAS kena hentam. Hari ini, jelas. Jika PAS kekal bersama DAP dan PKR, nasibnya sama seperti PAN yang sudah jadi ‘hidup segan, mati tak mahu’. 

Seni politik PAS memang ‘pelik’. Setelah PR terbubar pada 2015, PAS buat satu lagi gerakan politik yang sangat ‘unconventional’ dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 2018. PAS memilih untuk bersendirian (bersama parti-parti kecil dalam Gagasan Sejahtera).

Ada yang herdik ‘pak lebai tak bijak politik’. Bila dikatakan, ‘PAS bukan gila kuasa. PAS lebih utamakan redha Allah berbanding kuasa’. Maka, lagi teruk PAS disindir dan ditertawakan.

Ramai yang jangka PAS akan kalah teruk. Saya masih ingat ada seorang pengulas politik yang kemudiannya menyertai PH mengatakan PAS akan jadi ‘parti dinosaur’, parti yang akan pupus dan dilupakan orang.

Sejujurnya, saya sendiri ‘cuak’ juga waktu itu. Kasihan mengenangkan nasib PAS bila berjuang bersendirian. Namun, selepas PRU 2018, PAS menang bergaya di 18 kerusi Parlimen, kekal menguasai Kelantan dan berjaya pula menguasai Terengganu.

Ada satu lagi tindakan politik PAS yang bagi saya sangat ‘gila’ yang tak terjangkau oleh pemikiran ‘biasa-biasa’ saya. Seusai PRU 2018, PAS bersama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN). Aduh… 20 tahun saya masuk PAS, 20 tahun saya diajar untuk lawan Umno, tiba-tiba nak suruh saya berkawan dengan Umno! Sesaknya dadaku!

Namun hari ini, barulah saya sedar. Jika tiada MN, tiadalah PN. Dan, jika tiada PN yang membentuk kerajaan selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan, barangkali hari ini kita masih terpaksa menonton drama perebutan kerusi PM antara DS Anwar dan Tun Mahathir. 

Cukup-cukuplah PH memerintah 22 bulan. Waktu itu, puak-puak Komunis secara terang-terangan buat himpunan mengingati parti Komunis itu, orang bukan-Islam menghina Islam dan institusi Raja di media sosial secara terbuka, dan Lim Guan Eng pula yang jadi Menteri Kewangan tersalah titik perpuluhan itu membawa naratif ‘rakyat mesti ikat perut kerana kerajaan hampir muflis’. 

Bayangkan, jika itu semua dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda negara! Alhamdulillah, kerosakan yang dibawa oleh PH itu dapat dihentikan hasil dari tindakan ‘gila’ PAS bermuafakat dengan Umno! 

Ada lagi tindakan politik PAS yang sangat ‘unconventional’ dan bersifat ‘futuristik’. Iaitu dalam isu ‘rancangan 16 September’ yang berlaku pada 2008. Waktu itu PAS masih dalam Pakatan Rakyat. DS Anwar mahu gulingkan Kerajaan BN pimpinan Pak Lah dengan ambil sokongan MP BN dari Sabah dan Sarawak. Sama macam konsep ‘kerajaan pintu belakang’ yang PN buat.

Kumpulan yang terpekik ‘mandat rakyat!’ hari ini, kumpulan itulah juga yang cuba gulingkan kerajaan pilihan rakyat pada 2008. Namun, waktu itu, rancangan 16 September gagal kerana Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak bersetuju kerana kerajaan baru pimpinan DS Anwar itu akan menyebabkan Ahli Parlimen bukan-Islam menguasai majoriti.

Ramai betul orang marahkan Tuan Guru waktu itu. Bukan sahaja orang PKR dan DAP marah, golongan ‘jebon’ dalam PAS juga cukup marah. Tidak terkecuali, saya yang masih ‘budak hingga hingusan’ waktu itu, juga kecewa dengan Tuan Guru.

Namun, hari ini baru kita sedar. Rupanya-rupanya Kerajaan PH itulah kerajaan majoriti bukan-Islam yang Tuan Guru bimbangkan. Akhirnya Tuan Guru terbukti benar. Ternyata sekali kerajaan majoriti bukan-Islam tidak akan dapat memelihara apatah lagi memperjuangkan agenda Islam yang dibawa PAS.

Inilah tindakan politik bersifat ‘futuristik’ PAS. Seolah-olah, Tuan Guru memiliki mesin masa untuk melihat kerosakan yang dibuat PH pada 2018, dan seterusnya kembali ke 2008 untuk gagalkan ‘rancangan 16 September’ DS Anwar!

Benarlah kata almarhum Syeikh Said Ramadhan Al-Buti; 

“Fitnah (kerosakan) itu apabila ia datang, maka diketahui oleh orang alim. Dan apabila ia pergi, baru diketahui oleh setiap yang jahil.”

Aduh, jahilnya aku… Jadi, walaupun saya tidak faham kenapa Parlimen tidak dibuka sepantas ‘esok’, saya boleh sahaja berlapang dada. Apa pun, saya akui orang luar tetap marahkan Dato’ Takiyuddin, PAS dan Kerajaan PN. 

Ada yang berkata:

“PAS menunggang agama. Kan YDPA suruh segera! Dah tak jumpa Hadis taat perintah Sultan?”

“PAS sejak jadi kerajaan dah gila kuasa! Takut buat Sidang Parlimen demi kekal berkuasa”. 

Apa boleh buat… Mereka belum cukup kenal hati budi PAS. Terhadap tuduhan dan tohmahan mereka, saya hanya perlu bersabar. Doakan yang baik-baik sahaja. Mungkin Allah hendak beri pahala lebih kepada orang-orang PAS yang bersabar. 

BASRI DIN KAMAR – HARAKAHDAILY 19/6/2021

9 comments:

Unknown said...

Kalau ph pegang lagi.. TENTU KES COVID TINGGI... PN pegang... Kes masih terkawalkan..

Unknown said...

Hidup PN

Anonymous said...

Itu pentingnya ada panduan dari al quran dan hadis. Memang susah utk memahami seni politik yg ikhlas. Jika ikut seni politik liberal tidak ada panduan yg jelas. Melainkan berpandukan hawa nafsu abam dan kitab avengalist. Sudah tentu ia bersifat seratus peratus conventional dan kadang2 kelakar.

Unknown said...

"fitnah itu apabila dtg diketahui org alim, apabila pergi baru diketahui orang jahil" tu pun belum tentu depa tahu, sebab dah jahil murab, sombong, taat ke toghut, memusuhi ulamak... Lalu Allah khotam kan hati mereka.... Kecuali lah depa bertaubat dan meminta pada Allah supaya tunjukkan kebenaran

zack said...

Masa pee h la bermulanya covid..giler duit pelancong dari china..tak kira bawak wabak asal dapat duit dan konon sentimen dapigs dgn org tanah besar konon..maka sensitif jika tak dibenarkan mereka masuk..Atuk tua pandang mudah dgn berkata pelancung china dua tiga juta nak taruk kat kandang lembu ke?wan jijah tpm tanglung kata jgn bimbang kita ada kepakaran sambil dianguk2 menteri kesehatan biol dari Amanah yg hanya tahu bermusuh dgn perokok!Sahih lgi teruk dari PN..jadi bersabarlah semua kerajaan PN sudah lakukan yg terbaik..

Kau betul aku salah said...

Walaun tak faham..tapi ikut aje lah..hahaha

Kau betul aku salah said...

Alquraan dan hadith tu apa ..panduan hidup..bukan untuk ditunggang oleh parti politik

Kau betul aku salah said...

Dap dah x de dlm kjaan tapi judi masih ada..kenapa..owh..futuristik..judi jadi 22kali cabutan la..owh..futuristic..ruu355 tak jalan lagi ni..owh..futuristic..eh walaun benggong lah..owh..futuristic

Kau betul aku salah said...

Ninda percayakan benda yg tak difahami lah yg menyebabkan walaun menjadi bertambah bodoh dan pemimpin dengan mudah memperalatkan mereka...janganlah kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails