Friday, June 25, 2021

Kedah Mula Bangkit Kembangkan sayap.. -Ibnu Hasyim


1. Sejarah awal

Al-hamdulillah, perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia, adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang strategik di rantau ini. Ia disifatkan sebagai jambatan atau landasan dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.  

Juga seterusnya berperanan sebagai penghubung dua pusat dagangan besar masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur.

 

Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore. (Lihat Muljana, Slamet, (2006), Sriwijaya, PT. LKiS Pelangi Aksara, ISBN 978-979-8451-62-1.)

Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.


2. Kerana Islam


Kedah dikatakan antara negeri terawal yang menerima Islam di Tanah Melayu. Bahkan, peng-Islaman Kerajaan Kedah pada 531H (1136M) adalah lebih awal daripada Kelantan (1181M), Melaka (1262M), Samudera-Pasai (1267M), Terengganu (1303M) dan Champa (1360M). 

Setelah pembentukan Kerajaan Islam Perlak (840M), secara berperingkat, negeri-negeri Melayu di sebelah Utara telah menerima Islam sehingga terbentuk Kerajaan-kerajaan Islam dan terlaksananya syariat. Islam dikatakan telah masuk ke Kedah sejak awal abad kesembilan Masihi, iaitu sezaman dengan pembentukan Kerajaan Islam Perlak pada 840M. 

Namun begitu, setelah kedatangan para pendakwah dan pedagang dari Arab dan Parsi, memasuki abad ke-12, baharulah Kerajaan Kedah dapat di-Islamkan dengan pengIslaman Sultan Mudzaffar Shah pada tahun 1136M. Sejak itu, Kedah mula dikenali sebagai sebuah negeri Islam yang memakai gelaran Darul Aman.

Kedah dikatakan telah menerima kunjungan para pedagang Arab sejak sekian lama. Bahkan, ramai ahli geografi, pengembara dan pelayar Arab mencatatkan Kedah sebagai ‘Kalah’ atau ‘Kilah’ dalam catatan mereka. Antara mereka termasuklah Ibnu Khurdadhbeh (844-848M), Sulaiman (851M), Ya’qubi (857-880M), Abu Zaid (916M), Abu Dhulaf (940M) dan al-Mas’udi (943M). 

Kedah dicatatkan oleh mereka sebagai sebuah negeri yang berada di bawah naungan Raja Zabaj atau Sribuza (Seriwijaya). Hal ini disebut oleh Ibnu Khurdadhbeh dalam kitab ‘al-Masalik wa al-Mamalik’ dan juga ‘Kitab Akhbar al-Sin wa al-Hind’ oleh Abu Zaid as-Sirafi. 

Di kalangan orang Arab, Kedah sering disebut sebagai ‘as-Sayf al-Hind’ kerana kemasyhuran pedang buatannya yang digunakan oleh bangsa Arab untuk berperang. 

Hubungan perdagangan Arab dengan orang Melayu (Kedah dan Aceh) terbukti daripada rakaman al-Quran dalam Surah al-Quraisy dan juga Surah al-Insan tentang negeri Barus (Aceh) yang mengeluarkan  kafur (wangian) untuk orang Arab.

Dengan latar belakang hubungan Arab-Kedah inilah, kemasukan Islam berlaku lebih awal di Kedah berbanding tempat lain. 

Ada empat bukti terawal yang merekod kedatangan Islam ke Kedah.

(i) Penemuan artifak berbentuk sekeping batu di Gunung Jerai yang tercatat perkataan ‘Ibnu Sirdhan’ bertarikh 214H (829M). 

(ii) Penemuan sebuah artifak mata wang perak yang tercatat nama Khalifah Daulah Abbasiyah, al-Mutawakkil (847-861M) di Lembah Bujang; 

(iii) Catatan al-Mas’udi mengenai kedatangan hampir 200,000 orang Arab dan Parsi yang beragama Islam dari Kanfu (Canton atau sekarang Guangzhou). Pergolakan politik yang berlaku di Kanfu itu telah menyebabkan para pedagang Islam berhijrah ke Kedah dan Palembang pada tahun 877 Masihi. 

(iv) Penemuan batu nisan milik Sheikh Abdul Qadir Ibnu Hussein Syah Alirah di Tanjung Inggeris pada 1962 yang mencatatkan tarikh 3 Rabiul Awwal 291 Hijriyah (24 Januari 904 Masihi).


Selain empat catatan ini, kronik-kronik tentang sejarah Kedah seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan at-Tarikh Silsilah Negeri Kedah turut merekodkan kemasukan Islam dan peng-Islaman rajanya. 

Kedua-dua teks ini mencatatkan bahawa Islam telah dibawa masuk ke Kedah oleh Sheikh Abdullah Yamani, yang berhasil meng-Islamkan Raja Kedah, Phra Ong Mahawangsa (atau Maharaja Derbar Raja menurut at-Tarikh) pada 531H (1136M). 

Raja Kedah kemudiannya diberi nama sebagai Sultan Mudzaffar Shah (1136-1179), iaitu keturunan Raja Mahapudisat, Raja Kedah yang pertama. Sultan Kedah telah memakai gelar ‘Zillalullahu fi al-A’lam’  (Bayangan Allah di Dunia) yang menunjukkan bahawa negeri Kedah secara rasmi telah menjadi sebuah negara Islam.

Mahyuddin Yahya mengatakan Sheikh Abdullah Yamani yang mengIslamkan Kedah adalah orang yang sama dengan Sheikh Abdullah Arif, pengarang kitab tasawuf, Bahar al-Lahut pada 1177 Masihi, yang dikatakan kitab Islam pertama dikarang di Alam Melayu. 

Sedangkan menurut Wan Mohd Saghir, Sheikh Abdullah al-Qumairi al-Yamani adalah orang yang berbeza, tetapi hidup di Kedah sezaman dengan Sheikh Abdullah Arif di Aceh. 

Sheikh Abdullah al-Qumairi disebut dalam Sejarah Kedah Sepintas Lalu telah datang berdakwah bersama 11 orang pendakwah lain, sehingga Islam mulai berkembang secara meluas di negeri ini dan Kedah telah berdiri sebagai negara Islam pertama di Tanah Melayu.


Kedah akan bangkit..

Kedah akan bangkit sebagai kuasa industri yang tersohor di Malaysia dan menjadi pusat kepada Asia Tenggara atas kedudukan geografinya, tanpa meninggalkan fokus pengeluaran makanan dalam bidang pertanian.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor melontarkan keyakinan itu dalam sidang media secara atas talian yang diadakan selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri juga secara atas talian, di sini hari ini.

“Inilah kelebihan-kelebihan negeri Kedah yang perlu diangkat sebagai satu kelebihan yang ada untuk menjadi pemangkin kepada kebangkitan Malaysia dan kekuatan baru kuasa ekonomi dunia.

“Dan Kedah antara ‘player’ ataupun kerajaan negeri yang menjadi pilihan utama dalam sektor ini,” ujarnya mengulas kemasukan pelaburan baharu terkini bernilai RM8.5 bilion menyusuli RM43 bilion yang diterima bagi suku pertama tahun 2021.

Kata beliau, ia satu pencapaian besar bagi Malaysia khususnya di Kedah dalam keadaan dunia menghadapi pandemik COVID-19, namun tetap menerima kemasukan pelabur-pelabur besar ke negara ini.

“Semua ini untuk kita sediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah, rakyat Malaysia dan membantu kepada pertumbuhan ekonomi negara. Construction sedang berjalan di tapak oleh Risen, syarikat yang akan melabur dalam bidang solar. 

“Saya harap ini juga tidak menghadapi halangan perancangan membangunkan kilang mereka akan berlangsung mengikut jadual. Dan ini juga mampu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Kedah dalam bidang berkaitan. 

Al-hamdulillah! -Ibnu Hasyim.

5 comments:

Anonymous said...

Makin bernanah lah puak puaka puaka penunggang agama liberal plural bila baca kerajaan PAS Kedah dapat billion ringgit pelabur dari luar...

Boleh says kiss and say Good Bye Mukhriz Tun Mahathir n Gangs...

Kamu tak di perlukan di Kedah dan Langkawi lagi...

kikikiki...

#bawakotakbukanpisau

Anonymous said...

Tinggi sembang ph, sama tinggi dengan kereta terbang.

Anonymous said...

Tuntutan penunggang Agama liberal COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. Peranan Tokoh seperti Ambiga, Maria Chin, Siti Kasim, Marina Mahathir, Mariam Lee, Dr Farida COMANGO, G25, IFC di Malaysia.

1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

2. The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.

3. Beberapa tuntutan dan desakan daripada penunggang agama spt COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut.

a. Penunggang agama liberal di Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR)

b. Penunggang Agama di Malaysia juga digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).

c. Penunggang agama liberal di Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

Link bawah kesan ICERD pada Negara

https://www.editormalaysia.com/5376/

Islam adalah islam, liberal adalah liberal. Walaupun Islam sentiasa boleh memposisikan kedudukannya di setiap zaman dan tempat, Islam tidak mungkin boleh berasimilasi dengan idea-idea yang bertentangan dengannya. Penunggang agama liberal dan plural ini akan cuba meremehkan hukum hakam dan sifat Islam mengikut acuan tuan mereka di luar sana.

Biarlah Indonesia sahaja yang menanggung azab liberalisme melalui Jaringan Islam Liberal (JIL), kita di Malaysia perlu mencegah sebelum parah.

Beberapa komponen utama di dalam Liberalisme adalah,

1. Sekularisme

2. Kebebasan mutlak

3. Rasionalisme

4. Demokrasi Liberal

5. Feminisme - Tokoh spt Ambiga, Maria Chin, Datin Paduka Marina Mahathir, Siti Kassim, dan lain-lain tokoh femenisme acuan Barat ini.

6. Hermeneutik - pentafsiran kitab suci (al-Quran dan juga Bibble) dengan kaedah yang baharu, yang tidak terikat dengan mana-mana elemen. Para pendokong liberal ini sentiasa mengajak masyarakat supaya meninggalkan penafsiran alim-ulama muktabar spt Sahih Bukhari Muslim Imam Syafie Hambali Maliki dll.

7. Pluralisme - pluralisme. Penunggang Agama ini mengajak masyarakat untuk ‘beriman’ bahawa setiap agama adalah sama dan serupa.

Anonymous said...

dah ada yg mula panas montot

Anonymous said...

bole bela bewak gurun kat belakang umah mak puaka tu nnti...


kikiki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails