Thursday, December 03, 2020

Rezeki Anugerah Allah Tak Disangka, Rare Earth Element Dijumpai..

 

Kedah temui mineral baharu dianggar bernilai RM62 bilion

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM742.7 bilion seluruh negara di mana RM62 bilion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, Majlis Tanah Negara telah bermesyuarat dua bulan dahulu telah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan.

“Sebelum daripada itu, kita telah meluluskan usahasama sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melakukan penerokaan,” ujarnya memaklumkan REE itu selain di Sik, terdapat juga di Ulu Muda dan Baling, termasuk sedikit di Lenggong, Perak.

Beliau juga menyifatkan penemuan tersebut adalah rezeki anugerah Allah secara tidak disangka-sangka kerana melaksanakan tuntutan beriman dan bertakwa sebagaimana janji Allah yang terdapat pada ayat 2 dan 3 surah at-Thalaq.

Beliau berharap Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli akan merangka dasar-dasar yang sesuai dengan kehendak Majlis Tanah Negara berkaitan Dasar Mineral Negara supaya negara tidak lagi menjadi seperti sejarah lampau.

“Semua hasil bumi sumber-sumber asli kita diangkut untuk mempercepatkan revolusi industri Perancis di Britain di Barat menggunakan sumber asli negara-negara yang dijajah. Akhirnya mereka menjadi kaya raya, kita menjadi papa kedana terjajah.

“Anugerah-anugerah mineral yang baru ini pun kita harap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dapat merangka supaya kekayaan itu menjadi milik penduduk di mana mineral itu ada. Kalau mineral itu timbul di Kedah, rakyat Kedah lebih dahulu yang rasai nikmatnya.

“Sama macam dasar percukaian dalam Islam. Di mana cukai itu dikutip, belanja daripada cukai itu patut diutamakan di tempat cukai itu dikutip. Kalau ada lebihan baru boleh bawa ke lain. Itu dasar Islam.

“Sama dengan mineral ini, kalau mineral ini digali ditemui di Kedah, nikmat daripada timbulnya mineral dan bahan berharga ini, patut diagihkan dulu di Kedah atau di mana sahaja tempat itu ditemui,” syarahnya mengenai dasar Islam itu.

Jelas Sanusi, REE yang ditemui itu adalah jenis yang tidak mengandungi radioaktif dan lebih mahal daripada emas di mana difahamkan sudah diketahui dalam kajian geosains sejak lebih 20 tahun dahulu, namun ketika itu belum dimajukan.

Namun kini kata beliau, penggunaan REE makin diperlukan dalam barang-barang teknologi seperti telefon pintar, komputer riba, barang-barang digital dan lain-lain yang sesuai perkembangan zaman.

“Bila dunia makin berkembang ke arah itu, permintaan kepada itu makin tinggi. Dan alhamdulillah benda itu ada di Kedah. Cuma kita nak pastikan rakyat Kedah tak nganga lah. Ada orang duduk angkut pergi, kita nganga saja. Insya-Allah.

“Lepas ini banyaklah kerja-kerja kebajikan yang boleh dilaksanakan bila Rare Earth Element ini dapat diekstrak daripada bumi kita. Ada sebahagiannya dikatakan tersimpan di bawah bandar-bandar besar.

“Yang ini kita tak boleh buat apa, tak akan nak tebuk situ kan. Jadi kita explore tempat-tempat yang belum ada penghuni lah, contohnya di hutan, di bukit. Dan cara ekstrak daripada REE ini dia tidak melibatkan perlombongan, tidak melombong, dia hanya pakai paip 4 inci, tebuk boarding itu, dan dia keluar sikit-sikit.

Sudah diluluskan permit, orang itu pun dah masuk. Cuma permit teroka ini dia tak boleh pakai mesin, tak boleh pakai jentera, dia masuk pakai manual. Dan bila dia teroka, dia temu element itu, dia kena declare kepada kerajaan,” ujarnya teruja.

Menurutnya, syarikat yang diberi permit itu berpangkalan di Kuala Lumpur dan akan bekerjasama syarikat antarabangsa serta syarikat kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 2/12/2020

PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 
Hidup IHtv! Hidup IHtv!

21 comments:

Anonymous said...

Selagi kamu IKHLAS,ALLAH ttp Akan Memelihara kamu

Anonymous said...

Kalau dapat kat boboy atok, nangislah rakyat kedah. Masuk kantong boboy. Tak merasalah rakyat kedah khazanah negeri. Padanlah atok beria sungguh nak boboy jadi mb kedah. Cukup2lah atok. Jangan kaya harta tapi muflis iman.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

LOGAM NADIR BUMI @ RARE EARTH Minerals/Elements yg baru dijumpai di KEDAH tu - bernilai $43 TRILLION!

Tapi YAB MB KEDAH - telah disyaki diPERANGKAP - kerana telah diberitahu (yg. peliknya, syarikat2 SWASTA tempatan & Asing ni TAK diDEDAHkan IDENTITI & dah diberi PERMIT senyap2) - kononnya RARE EARTH Minerals/Elements ni TAK ada BAHAN2 NUKLEAR! PENIPU betul!!

TUBUHkan segera Syarikat GLC LOGAM NADIR BUMI- BAHAN2 NUKLEAR NEGARA segera, spt. PETRONAS - demi KEBAJIKAN seluruh Rakyat & Negara Islam kita ni - terutamanya Hak ISLAM/UMATnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita, serta NEGARA ISLAM kita ni - berDASARkan UNDG2 PERLEMBAGAAN 3 &153!!

Lihat di - https://www.penangkini.com/2020/12/kedah-temui-mineral-baharu-dianggar.html

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat juga satu lagi bahan NUKLEAR yg. terbaru diBANGUNkan di & akan jadi lebih MAHAL dr. URANIUM, iaitu THORIUM - juga terKANDUNG dlm. LOGAM NADIR BUMI/Mineral RARE EARTH ni!!

Di - https://www.zdnet.com/article/why-safe-nuclear-will-rely-on-rare-earth-minerals/

Anonymous said...

Awas puak RBA ternakan parti kafir harbi biaDAP sedang menyamar sebagai orang Melayu untuk menfitnah, memburuk-burukkan dan melaga-lagakan parti Islam dan parti Melayu supaya parti kafir biaDAP boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing oleh puak panipu ini !

Anonymous said...

Awas puak RBA ternakan parti kafir harbi biaDAP sedang menyamar sebagai orang Melayu untuk menfitnah, memburuk-burukkan dan melaga-lagakan parti Islam dan parti Melayu supaya parti kafir biaDAP boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing oleh puak panipu ini !

Anonymous said...

Tak usahlah bagi orang asing untuk mengusahakan sumber alam yang amat beharga ini, habis musnah alam sekitar nanti sebagaimana keadaan lombong2 bijih timah tinggal.

Rosak lagi merosakkan!

Anonymous said...

Kali ini pastikan hasil bumi ini HANYA diagih2kan kepada orang asal negara ini sahaja! Dah kena buat undang2 baru berdasarkan perlembaggan ni?

Anonymous said...

Jangan jadi macam kilang2 simen digunung2 di Perak? Habis semua berdebu berterbangan puluhan kilometer jauhnya. Juga jangan jadi macam pengusaha2 bauksit di Pahang yang tidak terkawal dan merosakkan alam sekitar. Habis berdebu jalan2raya, persekitaran, dah serupa macam tiada undang2?

Jadilah macam PETRONAS yang secara profesional menguruskan kerja2 carigali minyak & gas.



Anonymous said...

Jadi pengajaran sejarah 22 tahun dan sejarah 22 bulan. Banyak kerosakan sepanjang tempoh ini. 2020 gagal untuk bumiputera tapi billion sakan buat atok. 22 bulan juga penindasan kepada bumiputera dan Islam. Jika 22 bulan bersambong, makin parah.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Betuk tu, sbb. - apahal syarikat2 tu menipu ckp. tak da Bahan2 Nuklear dlm Mineral Rare Earth tu!

Mungkin keuntungan akan menjadi beratus $TRILLION - yg. nak disembunyikan sy. ni!! Sbb. Bahan2 Nuklear terutamaya skrg. ZIRCON/THORIUM dlm. RARE EART MINERALS ni juga digunakan utk. membina Kapal2 PERANG NUKLEAR LAUT/ JET2 NUKLEAR PERANG/STESYEN2 ANGKASA-KAPAL2 ANGKASA NUKLEAR rejim PENGGANAS Zionis BARAT/ISrael!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan lihat, di waktu WABAK Covid-19 ni, di mana dah hampir 1 JUTA dah MENINGGAL kat US tu - tapi SENYAP2 si REJIM PENGGANAS Zionis Freemason US ni, melancarkan PENGKALAN TENTERA ANGKASA NUKLEAR yg. PERTAMA di DUNIA, sbg. UNIT TENTERA NUKLEAR ANGKASA US (US NUCLEAR SPACE FORCE), juga yg. pertama di DUNIA!!

Itulah, GILA PERANG dan MEMBUNUH memanjang si PEMBUNUH2 Zionis ni, sampai ANGKASA pun dia nak MENJAJAH dan MENCEROBOH, maka BUKAN dia PEDULI pun psl. WABAK Covid-19 tu SEBENAQnya!!

Lihat di - https://www.presstv.com/Detail/2020/03/27/621735/US-Space-Force-first-mission-communications-satellite-Florida

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Sampai BULAN pun nak diTAWAN utk. RARE EARTH Miberals/Elements yg. mengandungi BAHAN2 NUKLEAR ni - oleh si PENGANAS2 Binatang BUAS Zionis US/BARAT-ISrael ni - tapi OIC (Pertubuhan Dunia Islam) terus MENYEPI!!

Lihat di - https://www.theguardian.com/science/2020/sep/11/nasa-moon-mining-private-companies

Anonymous said...

Bagi la lebai lebai pas uruskan mineral ini.
Mereka pun nak merasa pakai mesedis

Anonymous said...

Jgn jd mcm felda bukit goh sudah la. Projek bauksit tahap gaban. Skrg tmpt tu dah jd mcm planet marikh

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Yg. lu HOMO DAPbangkai nak mengHINA ISLAM/UMATnya - apahal?!! BERAMBOS lu HOMO bangkai!!

Anonymous said...

Bagus juga lebai uruskan. Selama ni liberal kat malaysia pandang rendah pada ulamak. Ada juga ulamak yg profesional. Ulamak yg juga profesional akan berhukum dengan hukum syariat. Dapat bezakan amanah kepada negara dan amanah kepada keluarga yg berasaskan hukum Islam. Beza dengan pan dan pkr, berhukum dengan hukum yg dikonsesuskan oleh dap. Penuh korup dan fitnah.

Anonymous said...

Gempaq satu malaysia. Presiden liberal ada nombor. Ini tak tau nak kata, memang paling strategik ataupun malaun yg tak berhemah. Undi belah bahagi pun ada nombor, tapi kureng.

Janganlah terpedaya dengan karisme yg merugikan orang melayu. Biarlah hanya liberalist yg percaya dengan presiden liberal.

Anonymous said...

Blh bg 5 nama, ulamak Pas mna yg profesional tu??

Hakikat Syariat said...

Agak menghairankan selama kerajaan PH memerintah mengapa galian ini tidak dihebahkan kepada rakyat secara terbuka....sedangkan kajian serta penyeludikkan ini telah hampir selesai dilakukan oleh mereka yg berkelayakkan...

Apa2 pon syabas kepada mentri besar kedah kerana mendedahkan hasil bumi yg bakal menjadikan malaysia sebagai pengeksport terbesar galian yg bernilai tinggi ini....syabas pemimpin dari parti pas kerana jujur Dan ikhlas dlm memegang amanah yg diberikan.

Hakikat Syariat said...

Sedarkah kita sebagai manusia yg beriman akan anugerah yg diberikan oleh PENCIPTA jika kita berjuang atas agamaNYA...

Bukti kukuh bagaimana hasil bumi dikelantan dan trengganu dilimpahi EMAS HITAM hasil dari pentadbiran yg condong kepada syariat islam...

Perlu diingat setiap anugerahNYA meruoakan satu bentuk ujian bagi menguji hamba2 NYA bertakwa.Nampaknya ujian yg diberikan tertimpa kepada pemimpin pas kedah.....apakah pemimpin pas kedah mampo menyerap setiap ujian Dan Dugaan yg dipikul sebagai pemimpin kerajaan yg memerintah......demi masa Sesungguhnya Manusia itu dlm kerugian MELAINKAN mereka berpesan-pesan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails