Friday, December 04, 2020

Kisah lelaki tua mengejar bot ronda Polis dengan sampan uzur..

 

Penduduk Bajau Laut perlu bantuan

MALAYSIA ditimpa gelombang ketiga COVID-19 berikutan peningkatan kes mendadak di Sabah, sekali gus mendorong Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah kecuali kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Susulan itu, ramai penduduk Sabah terkesan terutama komuniti Bajau Laut. Bajau Laut ialah etnik Bumiputera kedua terbesar di Sabah selepas Kadazan Dusun di perairan Sabah. Mereka juga dikenali sebagai Gipsi Laut atau Nomad Laut yang menetap di tepi pantai, malah ada membina perahu untuk dijadikan tempat penginapan.

Bagaimanapun disebabkan PKPB, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti perikanan seperti biasa untuk dijual di pasar. Akibatnya, pendapatan dan kehidupan nelayan terjejas. Secara tidak langsung, bekalan makanan mereka tidak mencukupi untuk menanggung keluarga ramai.

Baru-baru ini, tular kisah lelaki tua mengejar bot ronda Polis Marin dengan mendayung sampan uzurnya semata-mata ingin mendapatkan bantuan makanan. Pak Cik Ladja antara penduduk Bajau Laut Pala'u di Semporna, Sabah yang menjadi Kluster Bangau Bangau.

Difahamkan seramai 27 rumah tidak menerima bantuan makanan dan mereka terpaksa turun ke laut demi kelangsungan hidup. Usaha Pak Cik Ladja mendapatkan bantuan bagi penduduk kampungnya, mendapat perhatian ramai netizen.

Dalam kesempitan hidup Pak Cik Ladja, beliau sempat menitipkan doa buat petugas barisan hadapan untuk menangani pandemik COVID-19. Jelas di sini menunjukkan penduduk Bajau Laut amat memerlukan bantuan daripada kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Melihatkan situasi COVID-19 di Sabah itu, pelakon, Ardell Aryana membuat keputusan untuk menyertai misi bantuan di Sabah. Ardell yang juga Ikon Misi Kemanusiaan My Fund Action terbang ke Tawau bersama dua lagi aktivitis kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan bagi mereka terjejas akibat COVID-19.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ardell meluahkan rasa sayu terhadap nasib menimpa penduduk kampung itu. Apa lebih menyayat hatinya, seorang ibu sanggup mengendong anaknya berusia lingkungan 1 hingga 3 tahun sambil mengambil bantuan.

Sesungguhnya penularan COVID-19 memberikan kesan mendalam buat penduduk Bajau Laut. Ramai terpaksa mengikat perut sementara menunggu bantuan tiba. Ada pula kehilangan pendapatan akibat PKPB ini.

Sebagai rakyat bertanggungjawab pula, kita sewajarnya berganding bahu untuk meringankan beban penduduk Bajau Laut dengan memberi sumbangan termasuk kepada NGO yang ingin menyampaikan bantuan.

Siti Auni Aqilah Md Isa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

PEMBERITAHUAN: Weblog Ibnu Hasyim akan memperluaskan teknik berdakwahnya melalui..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube?

Antara ucapan editornya..

"As-salamu'alaikum &salam sejahtera,
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja. Kita akan terangkan caranya melalui chenel ini.. Insya Allah.

 Ibnu Hasyim

Sampaikan...walau 1 ayat

Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja, seluruh dunia.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi remaja menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. 

Hidup IHtv! Hidup IHtv!

2 comments:

Hakikat Syariat said...

Pandemik covid19 memberikan isyarat kepada kerajaan yg memerintah akan betapa lemahnya mekanisma kerajaan yg sedia ketika ini dlm menjaga amanah yg diberikan kepada mereka sebagai pemerintah....

Ahli parlimen sebagai wakil kepada rakyat sesuatu kawasan perlu peka akan masalah yg dihadapi oleh para pengundinya utk dibincangkan Dan diselesaikan diperingkat dewan rakyat....selama mana masalah rakyat dipendalaman dapat perhatian kerajaan yg memerintah bergantung tindakbakas ahli parlimen Dan adun yg dipilih.

Anonymous said...

Nak peka lagu mna lg kerajaan skrg? Mintak bawa kuar duit sendiri dlm kwsp pun dah mcm haram!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails