Monday, November 30, 2020

Menjelang Hancurnya Rumah Kaca PH..

 

Rencana jahat PH ‘boomerang’ makan diri

KEJAYAAN Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan Dewan Rakyat (DR) dalam meluluskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar atau Bacaan Kedua pada 26 November 2020 nampaknya akan menjadi punca kehancuran PH. 

Inilah yang dinamakan rancangan jahat yang dibuat menghempap kepala sendiri. Apa tidaknya, PH sebelum ini beriya-iya menyatakan penolakkan terhadap Belanjawan ini, walaupun Yang di-Pertuan Agong telah mengarahkan supaya politiking dikurangkan dan Belanjawan ini diterima, kini terperangkap di dalam jerat yang dipasangnya sendiri.

Para pemimpin PH dari DAP, PKR dan PAN, termasuk PEJUANG dan parti MUDA telah secara terbuka menolak Belanjawan ini. Mereka mahu menjadikan Belanjawan ini sebagai ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Perdana Menteri, sekali gus memaksa Parlimen dibubarkan. 

Dengan tindakan beberapa pemimpin Umno yang membuat ‘ugutan’ untuk tidak menyokong Belanjawan ini, kelihatan rencana jahat PH hampir menjadi kenyataan. Apa tidaknya, PN hanya mempunyai 112 wakil, sedangkan pembangkang berjumlah 108, setelah dua Ahli Parlimen yang mempunyai 222 anggota itu meninggal dunia.

Ugutan-ugutan PH dan beberapa pemimpin Umno bukan sahaja memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara, tetapi juga kepada kestabilan emosi rakyat. Dalam keadaan rakyat sedang terdesak dengan pandemik COVID-19, di mana-mana rakyat bercakap mengenai apa yang akan terjadi kepada politik Malaysia pasca 26 November 2020. Adakah Parlimen akan dibubarkan? 

Apakah Perdana Menteri akan meletak jawatan? Apakah pilihan raya akan diadakan dalam suasana wabak COVID-19 sedang merebak? Apakah negara terpaksa didaruratkan? Apakah PH akan kembali berkuasa? Pelbagai persoalan berlegar di benak rakyat kerana rancangan jahat PH ini.

Rupa-rupanya rencana jahat ini menjadi seperti boomerang. Ia berpatah balik kepada pihak yang membuat ulah. Sekarang ia melanggar muka PH sendiri setelah Bacaan Kedua Belanjawan 2021 diluluskan. Kini PH menanggung akibatnya. Berapa ramai penyokong PH yang sebelum ini membawa pelbagai hujah kenapa Belanjawan ini mesti ditolak, kini kesipuan. 

Lebih parah lagi, apabila pemimpin PH mula menyalahkan sama sendiri, termasuk mula menyerang sesama sendiri. Ada yang mendesak supaya Anwar Ibrahim meletak jawatan, ada yang mendesak supaya hubungan DAP-PKR diputuskan. Bahkan, Tun Mahathir juga dilaporkan kecewa dengan yang berlaku sehingga menyebutkan bahawa tragedi politik ini mengenalkan mereka siapa kawan dan siapa lawan di kalangan mereka sendiri.

Kini, semakin jelas. Bahawa pemimpin PH yang mewakili 108 kerusi di Parlimen hanya buat-buat tidur sebantal tetapi mimpi mereka berbeza-beza. Mereka nampaknya membuat rancangan untuk membunuh sesama sendiri. Anwar Ibrahim yang mendakwa ‘got numbers’ sehingga hari ini tidak dapat membukti jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya. 

Bukan yang menyokong untuk membentuk kerajaan baru, tetapi yang menyokong untuk menentang Belanjawan pun tiada! Semua pemimpin, ahli, pengundi dan penyokong PH telah tertipu. Tidak sedikit di kalangan mereka yang cuba menutup malu di media sosial dengan menyumpah seranah para pemimpin PH.

Jika keadaan ini berterusan, dijangka usia PH tidak akan lama. Keadaan politik mereka kian nazak. Mereka ibarat singa tua yang sedang uzur teruk. Mengaum kuat hanya untuk menakutkan musuh, tetapi ia sendiri bukan sahaja sudah tidak larat untuk bangun, bahkan sedang membilang hari untuk berpindah ke alam arwah. 

Apa tidaknya, di kalangan pemimpin PAN, beberapa wakil rakyat mereja sudah melompat ke PKR, sedangkan pemimpin tertinggi PAN pula telah terpinggir dari perancangan politik DAP, sehingga mereka tidak tahu strategi di DR. Pemimpin DAP pula mula mendesak supaya parti cauvinis itu memutuskan hubungan dengan PKR.

Paling menarik apabila pemimpin parti MUDA, serpihan PEJUANG telah mendedahkan rancangan jahat PH ke atas rakyat sebagai strategi politik mereka. Syed Sadiq seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini telah mendedahkan hal ini, selain mendakwa berlakunya korupsi di dalam mendiang Kerajaan PH dahulu. 

Penasihat PEJUANG, A Kadir Jasin pula mula menyerang Anwar Ibrahim. Kita sudah keliru, apakah beliau masih penasihat politik PEJUANG atau kini dia mulai ‘penin’ – sihat atau telah berasa kurang sihat melihat keadaan politik PH.

Bagi para pemerhati politik, percakaran dalaman PH yang terhasil daripada ‘kegagalan’ mereka menolak Belanjawan 2021 bukan lagi kucah ‘kopi dalam cawan’, tetapi adalah ribut taufan yang akan memporak-perandakan PH. PH pada hakikatnya tidak bersatu dan tidak memiliki kekuatan, tetapi sengaja mengambil strategi untuk menyerang Kerajaan PN bagi melampiaskan dendam mereka. 

Dan ternyata Belanjawan ini menjelaskan hakikat dalaman mereka. Sebab itu orang tua-tua berpesan, kalau tinggal di rumah kaca, jangan dilastik rumah orang. Sekarang rumah sendiri mulai retak dan bakal pecah berhamburan…

MOHD FADLI GHANI – HARAKAHDAILY 29/11/2020

Pendedahan Syed Saddiq tentang rancangan jahat PH ke atas rakyat dan amalan korupsi di dalam mendiang Kerajaan PH telah membengkakkan lagi barah yang akan memusnahkan PH.
Datuk A Kadir Jasin, orang akan Tun Mahathir mula menyerang Anwar Ibrahim di atas strategi aneh lagi palsu yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang itu.
Para pemimpin DAP juga mula menyerang Anwar Ibrahim dan mendesak parti cauvinis itu berpecah dengan PKR.
Para penyokong PH ternyata sangat kecewa dengan pemainan politik PH yang semakin aneh ini. Ramai di kalangan mereka kini kesipuan.
Tun M juga dilaporkan kecewa dengan percaturan politik PH yang menjerut leher mereka sendiri. Kini, Tun M mula kenal kawan dan lawan.
Para penyokong PAN juga mula ‘membuat lawak’ untuk menutup ‘kemaluan’ mereka. Hakikatnya, mereka sedar bahawa PAN telah dipermainkan oleh DAP.

14 comments:

Anonymous said...

Mana yg betul? PH kena sokong atau kena tolak belanjawan?

Hakikat Syariat said...

Hanya pencacai PH aje yg tidak tahu mereka dikencing walupon kebenaran telah terbukti didepan mata.

Anonymous said...

Pas disuruh bantu Bob Lokman bukan minta derma untuk pendakwah
tunggu aje giliran admin

Anonymous said...

Apa kebenarannya?

Anonymous said...

Besar sangat ker bob lokman. Bantu bob tanggung jawab. Tolak liberal jihad. Lagi besar menolak liberal. Liberal ini musang berbulu ayam dalam Islam.

Unknown said...

Tolak nanti dikata derhaka n tak cakna rakyat.. Terima belanjawaan n keabsahan kerajaan sekarang perkara berbeza. Kukuhkan ph... Berbeza pandangan itu biasa

Unknown said...

Nak sangat ph hancur. Knp ye..

Anonymous said...

PH tolak belanjawan kena kecam. Dikatakan ingkar titah agong la, main politik la, gila kuasa nk jd PM la. Skrg PH sokong pun kena maki. Mmg x sihat mental penganut2 Pas.

Anonymous said...

PH perbetulkan AKIDAH

Anonymous said...

Jangan salah kami pas. Semasa dia menyokong kami pas bukan sebab kami suruh. Dia yang datang atas kesedaran perjuangkan islam. Dalam islam dia dilatih untuk berjihad. Dalam pas tidak akan meminta minta. Jika sekarang dia tak mampu membawa naik smula pas atas sebab kesihatan itu bukan masalah pas. Ini tanggungan umat islam.

Anonymous said...

Sebab.. Ketua ph adalah peliwat. Bekas banduan. Keling ramai sokong parti dia.

Anonymous said...

Undi belah bagi pertama Kerajaan 105 undi Pembangang 95 undi. Tanda tanda Bang Non melingkup hanyut ke laut dalam makin jelas.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu disokong sekurang-kurangnya 15 anggota parlimen lain, jumlah minimum bagi membolehkan proses itu dibuat.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan sidang selama 20 minit untuk proses undian.

Hasil daripada keputusan undian belah bahagi tersebut, sebanyak 105 ahli parlimen kerajaan menyokong peruntukan tersebut dan hanya 95 sahaja daripada pembangkang yang menentang.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bagi.

Anonymous said...

Manifesto TIPU, janji serah kerusi PM kepada Non TIPU, jumpa YDPA untuk dakwa dah punyai cukup sokongan juga TIPU!

Pakatan Hancing legasi PENIPUAN!

Anonymous said...

Kami pas merasakan tindakan tidak memberikan kerusi kepada pemimpin yang tidak berakhlak adalah betul. Kami percaya rakyat malaysia tidak mahu berperdana menteri yang pernah melakukan perbuatan zina luar tabie.
Insyallah pas dibawah panji PN akan perjuangkan hukum islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails