Tuesday, December 01, 2020

Bunyi suara macam orang meroyan?

 

Sudah pasti kekal PM jika saya rancang tubuh PN, kata Dr M

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad secara bertulis menafikan beliau yang merancang penubuhan Perikatan Nasional, mengatakan sudah pasti beliau kekal sebagai perdana menteri jika begitu keadaannya.

Jika ada sesiapa yang “beria-ia” merancang menubuh kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, “yang mendapat hasil paling lumayan”, katanya dalam kenyataan.

“PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh Umno secara ‘en-bloc’,” katanya. “Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan.”

Bekas perdana menteri ini mengulas suatu laporan yang memetik Azmin sebagai berkata pembentukan PN cetusan idea Mahathir, bertujuan untuk memastikan Mahathir kekal sebagai perdana menteri dengan sokongan pelbagai parti.

Bagaimanapun, pengunduran Mahathir pada awal tahun ini menyebabkan pelan itu tidak berjalan lancar dan meletakkan negara dalam krisis politik. Jika Muhyiddin tidak bertindak dalam masa singkat, katanya, “orang lain mungkin sudah bergegas ke Istana”.

“Satu-satunya pilihan bagi saya dan Muhyiddin pada masa itu ialah meninggalkan PH,” kata Azmin.

Mahathir bagaimanapun menarik perhatian kepada peristiwa sekitar penubuhan PN, termasuk pemilihan PKR, yang menyaksikan pertembungan sengit antara Azmin dan Rafizi Ramli, dan suatu video yang dikaitkan dengan Azmin.

“Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin dalam PKR dan juga PH amat terancam,” katanya, dan kerana itu, katanya, beliau faham kenapa Azmin merancang Langkah Sheraton.

“Jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi perdana menteri. Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.”

Mahathir juga mendedahkan Muhyiddin dan seorang lagi pemimpin PPBM, Hamzah Zainuddin, cuba meyakinkan beliau bahawa Anwar dan DAP sedang merancang menjatuhkannya dan kerana itu perlu bergabung dengan parti Melayu lain.

Namun ketika itu, Umno didakwanya menghasut kumpulan Melayu supaya membenci PH dan menabur “dusta” mengenai pelbagai isu seperti Statut Rom, Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum, kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, Harimau Pembebasan Tamil Eelam, dan Tabung Haji.

Situasi itu mendorong beliau menghadiri dan menerajui Kongres Maruah Melayu pada 6 Okt 2019, daripada membenarkan “kleptokrat gunakan sebagai pentas untuk memanjangkan agenda perkauman”.

“Yang hari ini diguna sebagai tuduhan terhadap saya,” katanya.

Diangkat dari: MINDARAKYAT

http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Hibur Hibur Sikit

Album 3

10 comments:

Anonymous said...

Dalam satu hari, keputusan atok boleh berubah banyak kali. Keputusan subuh batal oleh keputusan pagi. Keputusan pagi batal dengan keputusan petang. Keputusan petang batal oleh keputusan senja. Keputusan senja batal oleh keputusan malam. Keputusan malam batal oleh keputusan subuh. Begitulah keputusan atok, berubah ikut suhu badan, bukan berubah sebab masyarakat perlu.

Anonymous said...

Atok Cow atau Jemin J yang meNIPU? Masa akan merungkai...

Anonymous said...

Yang pasti dan sangat ialah KERA jaan Pee H telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dan u-turn.

Cukuplah 22 bulan agama Islam dan umat Islam ditindas dan rakyat dikencing hingga hancing.

Hanya orang bodoh sahaja yang suka dikencing oleh puak kafir harbi roket, RBA dan khadam munafiqun liberal. mereka.

Anonymous said...

Pembetulan 10:31

Yang pasti dan sangat jelas ialah KERA jaan Pee H telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dan u-turn.

Anonymous said...

lidah bercabang cakap tak boleh pakai

Senior Undertaker said...

Ini saya nak tanya atok betul-betul dan atok jawap dengan jujur. Betul ke atok tak ambik rasuah dan kayakan kroni dan anak beranak. Jawap jujur sebab nyawa atok dah hujung halkum ni!!!.Lagi satu boleh tak atok ajar kami bagaimana nak maju biz macam anak=anak atok??? Ajar le sebelum nama atok orang ganti dengan panggilan "mayat sipolan".

Hakikat Syariat said...

Rakyat malaysia patut berterima kasih kepada atuk kerana keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai PM telah meruntuhkan kerajaan PAKATAN HANCING...syabas atuk...

Anonymous said...

Tersebar pun pertemuan dgn hadi sebelum letak jawatan. Pesan buat kerja elok2..
Dia dah berkorban takmau bekas pesalah jubor mengetuai negara. Terima kasih tun.

Anonymous said...

Silap silap nyawa ko yg hujung. Eksiden

153 = 9 Wajah Tasyahud said...

Charge dan tuduh la atok kt mahkamah, jangan ckp jerr. Banyak tu klu bertrillion bapakllion rasuah yg atok & family buat. Klu ckp tak serupa bikin bermakna atok clear & clean. Kikiki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails